Page 1 - Laporan DP 3 2019
P. 1

LAPORAN DIALOG PRESTASI
                                      SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI

               1.0       TAJUK PROGRAM

                     DIALOG PRESTASI BIL.3/2019 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI
                     BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH DAN SEMUA GURU

                 2.0        TARIKH    :  07 OKTOBER 2019 (ISNIN)
                      MASA       :  2.00 HINGGA 4.30 PETANG
                     TEMPAT   :  BILIK MESYUARAT


                3.0      FOKUS DIALOG PRESTASI


                    3.1 Kluster 1: Enrolmen Murid

                      3.1.1 Enrolmen Murid – Data sehingga 7 Oktober 2019


                 3.1.1.1 Pn. Pengerusi memaklumkan pertambahan murid berkait rapat dengan prestasi dan
                        program-program  yang  dijalankan  oleh  sekolah.  Peruntukan  kewangan  juga

                        berhubung rapat dengan enrolmen murid.

                 3.1.1.2 Pn.  Siti  Khadizah  memaklumkan  enrolmen  terkini  murid  setakat  7  Oktober  2019,

                        termasuk murid pra-sekolah, ialah seramai 522 orang. Lima kelas yang mencatat
                        peratus kehadiran terbaik ialah kelas 5 Excellent (94.60%), 4 Excellent (94.21%), 6

                        Genius  (93.68%),  3  Excellent  (93.52%)  dan  6  Excellent  (93.47%).  Manakala  lima
                        kelas yang mencatat peratus kehadiran terendah dan perlu diberikan perhatian ialah
                        kelas  5  Brilliant  (88.74%),  4  Brilliant  (88.37%),  3  Genius  (87.50%),  1  Excellent

                        (85.98%) dan 2 Brilliant (84.90%). Oleh itu, kelima-lima guru kelas yang mencatat
                        peratusan kehadiran rendah ini perlu mengambil tindakan susulan bagi mengatasi
                        masalah ini.


                 3.1.1.3 Pn. Pengerusi turut mengingatkan KPI peratus kehadiran yang perlu dicapai pada
                        tahun ini ialah 92%. Semua guru perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan

                        peratus  kehadiran  murid  dengan  merancang  pelbagai  aktiviti  kokurikulum  serta
                        menjalankan PdPc yang menarik dan menyeronokkan selaras dengan PAK 21.





                                                                                                              1
   1   2   3   4   5   6