Page 5 - Laporan DP 3 2019
P. 5

mencatat  peratusan  56%,  tingkah  laku  tidak  pentingkan  masa  pula  mencatat

                        peratusan 37% dan selebihnya, tingkah laku jenayah mencatat peratusan paling kecil
                        iaitu 7%. Guru-guru turut dimaklumkan menghisap vape juga salah satu tingkah laku
                        jenayah yang telah dimuatkan di dalam sistem SSDM. Selain perekodan salah laku

                        murid, guru-guru juga hendaklah membuat penambahan di dalam perekodan amalan
                        baik murid. Guru-guru juga boleh mengisi markah amalan baik untuk murid-murid
                        yang menyertai aktiviti-aktiviti luar di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling seperti

                        lawatan ke Kidzania.


                 3.3.3  En.  Ikraam  membentangkan  rubrik  pemarkahan  penilaian  kendiri  yang  sudah
                        dihantar  ke  PPD  bagi  penilaian  program-program  yang  sudah  dilaksanakan  Unit
                        Pencegahan  Dadah  Sesi  2019  dengan markah  keseluruhan  82%,  iaitu  mencapai

                        tahap cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan
                        kerjasama sepanjang program-progam yang dijalankan Unit PPDa pada tahun ini.

                        Selain itu, guru-guru juga dimaklumkan tentang perubahan perlaksanaan program 5
                        Minit PPDa. Program 5 Minit PPDa yang terkini boleh dijalankan sebulan sekali, iaitu
                        bilangan  minimum  sebanyak  10  kali  setahun.  Kerjasama  semua  guru  diperlukan

                        untuk  memastikan  keberkesanan  program-program  unit  PPDa  pada  tahun  depan
                        dapat ditingkatkan.


                 3.3.4  Pn.  Pengerusi  menggesa  agar  dilaksanakan  program-program  bagi  mengatasi
                        masalah murid-murid yang sering hadir lewat berikutan peningkatan kes salah laku
                        murid tidak pentingkan masa. Selain itu, badan pengawas juga digesa untuk bergiat

                        lebih aktif dalam membantu guru mengawal disiplin murid. Mana-mana pengawas
                        yang  culas  dalam  menjalankan  tanggungjawab  hendaklah  dilucutkan  jawatannya.

                        Berikutan itu, program pemantapan pengawas perlu dilaksanakan pada tahun depan.
                        Program-program yang dinyatakan di atas hendaklah dibincang bersama antara AJK
                        Unit Disiplin dan pentadbir sebelum dimuatkan di dalam perancangan strategik.


                 3.3.5  Pn. Pengerusi memaklumkan kepentingan peranan guru bertugas untuk mengawal
                        murid  di  kantin  semasa  rehat  bagi  memastikan  murid  tidak  membuang  sampah

                        merata-rata dan meletakkan pinggan mangkuk di tempat yang sepatutnya. Guru-guru
                        juga  diingatkan  bahawa  semua  guru  adalah  guru  disiplin  dan  mesti  menjalankan
                        tugas dalam mengawal disiplin dan menjaga keselamatan murid. Di samping itu, Pn.

                        Pengerusi  juga  meminta  agar  diwujudkan  kawasan  kutipan  sampah  bagi  melatih
                        murid-murid  untuk  menjaga  kebersihan.  Kawasan  kutipan  sampah  ini  hendaklah

                        dimasukkan ke dalam perancangan tahun depan dan diberi nama yang lebih sesuai.

                                                                                                              5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10