Page 3 - Laporan DP 3 2019
P. 3

3.2.1.4 Pn.  Pengerusi  juga  turut  mengingatkan guru  agar  tidak  mengabaikan  murid  yang

                        lemah.  Perancangan  strategik  perlu  dirancang  bagi  membantu  murid  yang  lemah
                        terutamanya murid-murid Tunas Harapan. Program pemulihan dan pengukuhan yang
                        berterusan perlu dilaksanakan terhadap murid-murid yang tergolong dalam golongan

                        ini agar mereka tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lain.

                 3.2.2 Tunas Harapan


                 3.2.2.1 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat dengan perjumpaan ibu

                        bapa murid-murid Tunas Harapan pada 19 Oktober ini agar membuat persiapan yang
                        sepatutnya.  Tahap  penguasaan  murid-murid  Tunas  Harapan  boleh  dibentangkan
                        pada hari berkenaan.


                 3.2.2.2 Pn. Alia memaklumkan perlaksanaan saringan dalaman fasa satu bagi murid-murid

                        Tunas  Harapan  sudah  dilaksanakan  dan  perlaksaan  fasa  dua  akan  dilaksanakan
                        sebelum akhir tahun ini. Hasil pemantauan juga mendapati modul Tunas Harapan
                        yang telah dibekalkan sebelum ini digunakan oleh ibu bapa murid-murid berkenaan

                        dengan baik.

                 3.2.2.3 Pn.  Pengerusi  memaklumkan  kepada  ketua  setiap  panitia  untuk  memasukkan

                        bilangan  murid  yang  tidak  boleh  membaca  di  dalam  perancangan  strategik  dan
                        merancang program untuk membantu murid-murid berkenaan.


                 3.2.3 UPSR


                 3.2.3.1 Pn.  Pengerusi  memaklumkan  penurunan  tahap  pencapaian  dalam  peperiksaan
                        percubaan UPSR 2019 berbanding peperiksaan percubaan UPSR 2018 terutamanya
                        subjek  Matematik.  Guru-guru  Tahun  6  perlu  memberikan  maklum  balas  tentang

                        punca berlakunya penurunan serta apakah program yang sudah dilaksanakan bagi
                        mengatasi masalah ini.


                     3.2.4 Kokurikulum

                 3.2.4.1 Pn. Pengerusi memaklumkan tarikh terakhir bagi pengisian data PAJSK di dalam

                        portal bagi tahun 6 ialah sebelum atau pada 31 Oktober 2019, manakala bagi tahun
                        4 dan 5 ialah sebelum atau pada 31 Disember 2019. Semua Guru Kelas hendaklah

                        mengisi portal lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik ketika di saat-saat akhir.

                                                                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8