Page 2 - Laporan DP 3 2019
P. 2

3.1.2 Transisi – (Keciciran: Cicir daripada tahun 6 ke tingkatan 1)


                 3.1.2.1 Pn. Siti Khadizah memaklumkan kebarangkalian adanya murid yang akan dibuang

                        sekolah pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, semua guru perlu bersedia
                        untuk menghadapi masalah ini.


                 3.1.2.2 Pn. Pengerusi memaklumkan sekiranya terdapat murid yang sudah lama tidak hadir
                        ke  sekolah  tanpa  sebab,  guru  kelas  hendaklah  mengambil  tindakan  mengikut

                        Standard  Operating  Procedure  (SOP)  yang  ditetapkan.  Di  samping  itu,  tindakan
                        susulan juga perlu diambil terhadap kes-kes murid yang telah dibuang sekolah bagi
                        memastikan murid berkenaan dapat bersekolah semula.


                     3.2  Kluster 2: Kemenjadian Murid

                 3.2.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


                 3.2.1.1 Pn. Pengerusi memaklumkan disebabkan pemansuhan peperiksan tahap 1, semua
                        guru khususnya guru tahap 1 perlu sentiasa mengemaskini tahap penguasaan murid
                        masing-masing. Guru juga perlu bersedia dengan justifikasi terhadap rekod tahap

                        penguasaan murid jika ada pihak tertentu terutamanya ibu bapa yang bertanya tahap
                        perkembangan murid.


                 3.2.1.2 Pn. Akhmar memaklumkan tarikh pengutipan data tahap penguasaan murid bagi fasa
                        2 ialah sebelum 15 Oktober 2019. Setiap guru hendaklah memberikan data tahap

                        penguasaan  murid  masing-masing  kepada  Pn.  Akhmar  dengan  menggunakan
                        Google Sheet yang akan dikongsikan di dalam Group WhatsApp rasmi sekolah dari

                        semasa ke semasa.

                 3.2.1.3 Pn.  Pengerusi  memaklumkan  walaupun  peperiksaan  bagi  murid  tahap  1  sudah

                        dimansuhkan, guru-guru tahap 1 masih boleh melaksanakan penilaian selaras yang
                        perlu dibincang bersama panitia masing-masing. Salah satu contoh penilaian yang
                        dicadangkan ialah ujian berbentuk topikal pada setiap akhir sesi PdPc. Penilaian yang

                        dilaksanakan  tidak  memerlukan  jadual  khas  dan  semua  guru  bebas  untuk
                        melaksanakannya mengikut jadual PdPc masing-masing.




                                                                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7