Page 6 - Laporan DP 3 2019
P. 6

3.4 Kluster 4: Support System/Sekolah Kepada Guru

                 3.4.1  Pn. Pengerusi memaklumkan kepada ketua-ketua panitia untuk memuatkan jadual
                        LADAP berserta tajuk-tajuknya di dalam perancangan strategik dengan mengambil

                        kira lawatan penanda aras untuk PAK 21 dan Open Classroom. Semua guru yang
                        telah menghadiri kursus KSSR Semakan 2017 Tahun 4 hendaklah membuat kursus
                        dalaman  dengan  secepat  mungkin.  Selain  itu,  kursus  dalaman  untuk  Google

                        Classroom juga perlu dilaksanakan sebelum berakhir tahun ini sebagai persediaan
                        untuk tahun depan.


                      3.5 Hal-hal lain


                      3.5.1   Pn. Pengerusi memaklumkan tempahan fail dan Buku Rekod Mengajar 2020 sudah
                        dibuat. Semua Ketua Panitia Tahap 2 juga digesa untuk menyemak dan membuat

                        pemilihan buku kerja yang telah dihantar oleh pembekal. Tempahan buku kerja perlu
                        dibuat dengan segera bagi memastikan semua buku kerja sudah ada di kedai buku
                        apabila  sekolah  dibuka  pada  tahun  depan.  Pn.  Pengerusi  juga  memaklumkan

                        pencerapan kali kedua menggunakan instrumen SKPMg2 Standard 4 akan bermula
                        minggu ini dan seterusnya sehingga tarikh tutup pengisian SKPMg2.


                     3.5.2  Pn. Pengerusi memaklumkan tarikh-tarikh semakan fail Unit Kurikulum, HEM dan
                        Kokurikulum.  Bagi  fail  Unit  Kurikulum,  semakan  fail  akan  diadakan  pada  18
                        November 2019, manakala bagi fail Unit HEM pula akan disemak pada 20 November

                        2019, dan Unit Kokurikulum pula akan membuat semakan fail pada 25 November
                        2019. Semua guru terlibat diminta mengemaskini fail masing-masing dengan segera.


                      3.5.3  Pn. Pengerusi memaklumkan tatacara yang betul bagi permohonan CRK. Guru yang
                        ingin  memohon  CRK  hendaklah  bertemu  dengan  Guru  Besar  terlebih  dahulu

                        sebelum  mengisi  borang  atas  talian  melalui  HRMIS.  Setelah  itu,  guru  tersebut
                        hendaklah  mencetak  permohonan  berkenaan  (rujuk  Pn.  Shelly  tentang  cara-cara
                        untuk mencetak), dan dapatkan tandatangan En. Hazni untuk sokongan. Kemudian,

                        guru  perlu  bertemu  Guru  Besar  untuk  mendapat  kelulusan  dengan  membawa
                        lampiran sokongan permohonan cuti. Bagi kes-kes kecemasan pula, setelah pulang
                        ke  sekolah keesokan  hari  (hari  selepas kemecasan),  guru  tersebut  perlu  mengisi

                        borang  permohonan  CRK  atas  talian,  dan  ulang  tatacara  yang  sama.  Guru-guru
                        diingatkan  bahawa  semua  maklumat  tersebut  penting  kerana  PT  perlu

                        menghantarnya  ke  JPWP  pada  setiap  tahun  untuk  dikemaskini  dalam  rekod

                                                                                                              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10