Page 7 - Laporan DP 3 2019
P. 7

perkhidmatan semua guru. Selain itu, Pn. Pengerusi juga menasihati guru-guru untuk

                        memaklumkan  status  keberadaan  guru  di  sekolah  dengan  lebih  awal  bagi
                        memudahkan  pengurusan  jadual  kelas  ganti  (relif)  bagi  guru-guru  yang  tiada  di
                        sekolah.


                      3.5.4  Pn.  Pengerusi  memaklumkan  hasil  pemantauan  semasa  rondaan  mendapati
                        terdapat guru yang tidak melaksanakan PdPc semasa waktu PdPc. Terdapat juga

                        guru  yang  menggunakan  bilik-bilik  khas,  namun  tidak  berlaku  PdPc  dan  murid
                        dibiarkan bebas membuat aktiviti masing-masing sampaikan ada yang berlari-lari di

                        dalam  kelas.  Selain  itu,  ada  juga  guru  yang  sengaja  masuk  lewat  ke  kelas  dan
                        meskipun guru berada di dalam kelas, murid-murid bising dan berada di luar kawalan.
                        Semua  guru  diingatkan  untuk  menjaga  integriti  seorang  penjawat  awam,  lagi-lagi

                        nama profesion perguruan.


                      3.5.5  Pn. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru untuk menyerahkan perancangan
                        strategik sebelum cuti akhir tahun berikutan pemantauan dari pihak JPWP dan PPD
                        akan  berlaku  semasa  cuti  sekolah.  Guru-guru  juga  dimaklumkan  tentang

                        penstrukturan  semula  JPWP  dan  ada  kemungkinan  akan  berlaku  lagi.  Ramai
                        pegawai  telah  diturunkan  semula  ke  sekolah  dan  berlaku  perubahan  nama  dan
                        sektor-sektor di jabatan. Sebagai contoh, PPW menjadi PPD, Ketua Sektor menjadi

                        Timbalan  Pengarah  dan  Ketua  Unit  menjadi  KPP  Kanan.  Timbalan  Pengarah
                        Pendidikan akan bertugas di jabatan dengan nama dan portfolio yang baru. En. Hazni
                        memaklumkan semua guru boleh menggunakan tapak perancangan strategik pada

                        tahun lepas untuk dikemaskinikan dengan program-program yang dirancang untuk
                        dilaksanakan  pada  tahun  depan.  Ketua-ketua  Panitia  hendaklah  bermesyuarat

                        bersama unit masing-masing untuk membuat penambahbaikan di dalam tapak pelan
                        strategik  berkenaan.  Pn.  Pengerusi  juga  menambah  sekiranya  terdapat  program
                        yang  tidak  memberi  impak  terhadap  kemenjadian  murid  di  dalam  perancangan

                        strategik sebelum ini, program tersebut perlu digugurkan, sebaliknya program yang
                        memerlukan  penambahbaikan  hendaklah  dibuat  penambahbaikan  kerana  setiap
                        murid tidak sama tahap penguasaannya. Guru-guru juga diingatkan pengisian Jadual

                        3 hendaklah dibuat dengan terperinci. Setiap program yang dirancang mesti memiliki
                        Jadual 3.








                                                                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10