Page 95 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 95

h.  Lampu picit serta bateri dan alat gantinya.
                       i.   Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
                       j.   Peti pertolongan cemas.
                       k.  Kit ikhtiar hidup.
                       l.   Tali
                       m.  Ponco atau baju hujan.
                       n.  Parang / kapak kecil.
                       o.  Bekas air tambahan.
                       p.  Selimut atau bag tidur.


            MENDIRIKAN DAN MENGEMAS KHEMAH

               a)  Mendirikan Khemah

                   Perkara yang perlu diambil kira sebelum mendirikan khemas adalah:
                     i.   Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu.
                          Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
                     ii.   Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam
                          khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
                     iii.   Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan.
                    iv.   Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga
                          jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan
                          serangga atau binatang berbisa.
                     v.   Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan
                          aktiviti pada siang hari.

                   Berikut  adalah  langkah-langkah  bagi  mengenalpasti  dan  menyediakan  tapak  khemah  sebelum  dan
                   semasa mendirikan khemah:
                     i.   Bersihkan kawasan tapak khemah.
                     ii.   Tentukan arah tiup angin, kemudian dirikan khemah.
                     iii.   Bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.
                    iv.   Taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang buas
                          memasuki khemah pada waktu malam.

                   Terdapat pelbagai jenis khemah yang boleh digunakan untuk aktiviti perkhemahan. Dalam modul ini,
                   anggota kadet akan didedahkan dengan kaedah untuk mendirikan khemah jenis dome.

                      i.   Keluarkan khemah.





















              Gambar oleh WikiHow. Sebuah wiki yang menyediakan panduan cara terbesar dan kualiti tinggi dunia. Kandungan ini
                                            dikongsi di bawah lesen Creative Common.








                                                            64
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100