Page 13 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 13

1.  PENDAHULUAN

                  1.1.  Hala Tuju

                  Tunas  Pertahanan  Awam  Malaysia  (Tuspa)  merupakan  program  kokurikulum  badan  beruniform
                  yang  ditubuhkan  di  sekolah-sekolah  rendah.  Hasrat  penubuhan  Tuspa  ini  bertujuan  untuk
                  meneruskan kesinambungan dan pelengkap kepada proses pelaksanaan badan beruniform yang
                  sedia  ada  seperti  Kadet  Pertahanan  Awam  (Kaspa)  bagi  sekolah  menengah,  Pasukan  Institusi
                  Pertahanan Awam Malaysia (Pispa) bagi institusi latihan, dan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
                  Malaysia  (Kor  Sispa)  bagi  Institusi  Pengajian  Tinggi  (IPT).  Buat  masa  ini  tiada  pertubuhan  unit
                  beruniform  kokurikulum  dari  mana-mana  agensi  kerajaan  di  sekolah  rendah.  Pihak  Angkatan
                  Pertahanan  Awam  Malaysia  (APM)  hanya  melaksanakan  Program  Kesedaran  Keselamatan
                  Pertahanan Awam (Prokspa) apabila mendapat permintaan daripada pihak sekolah. Penubuhan
                  Tuspa diharap dapat menarik minat serta memupuk pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan
                  ilmu Pertahanan Awam kepada orang awam dalam usia yang lebih muda sebagai kelangsungan ke
                  peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

                  1.2.  Punca Kuasa

                       1.2.1.  Akta 221, Akta Pertahanan Awam 1951, Seksyen 2B (h)
                       1.2.2.  Surat  Kelulusan  Bahagian  Kokurikulum  dan  Kesenian,  Kementerian  Pendidikan
                              Malaysia KPM.600-14/1/19 Jld. 13 (65) bertarikh 21 Ogos 2017 bertajuk Penubuhan
                              Pasukan Tunas Pertahanan Awam (Tuspa) di Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian
                              Pendidikan Malaysia.
                       1.2.3.  Surat  APM  PA.BPA.600-1/1/11(33)  bertarikh  16  Oktober  2017  bertajuk  Makluman
                              Perluasan  Penubuhan  Tunas  Pertahanan  Awam  Malaysia  (Tuspa)  di  Sekolah  –
                              Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia

                  1.3.  Objektif

                       Melahirkan masyarakat khususnya murid-murid yang cemerlang, berdisiplin, bersatu padu dan
                       berketerampilan  berlandaskan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  serta  murid-murid  yang
                       berpengetahuan  dalam  aspek  keselamatan  dan  Pertahanan  Awam  sejajar  dengan  Akta
                       Pertahanan Awam Seksyen 2B(h).

                      Pelaksanaan Tuspa ini merangkumi tiga aspek iaitu kesedaran, pengetahuan dan nilai.

                       1.3.1.  Objektif kesedaran:

                             i.  Membentuk  murid  yang  mempunyai  kesedaran  dalam  aspek  keselamatan  dan
                               Pertahanan Awam.

                       1.3.2.  Objektif pengetahuan:

                            i.  Memberi  pengetahuan  pertolongan  cemas,  melawan  kebakaran  dan  menyelamat
                               kepada murid-murid.
                           ii.  Membentuk murid yang mengetahui langkah-langkah semasa kecemasan.

                       1.3.3.  Objektif nilai:

                            i.  Membentuk  murid-murid  yang  dapat  memberikan  perkhidmatan  sukarela  kepada
                               sesiapa  yang  memerlukan  sama  ada  di  sekolah  atau  masyarakat  stempat  tanpa
                               mengira bangsa, agama dan fahaman.
                           ii.  Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia
                               kepada pemimpin, cintakan sekolah dan negara.
                           iii.  Mencungkil  dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan  dalam kalangan
                               pelajar.
                           iv.  Memupuk  semangat  hormat-menghormati,  kekitaan,  pengorbanan  dan  kejujuran
                               antara satu sama lain.




                                                            1
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18