Page 16 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 16

   Pegawai Teknikal Tuspa Negeri
                                                      Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD)
                                                      Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan
                                                      Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
                                                      Pegawai Teknikal Tuspa Daerah


               3.  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

                    3.1.   Pertahanan Awam Malaysia

                          3.1.1 Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA)

                            i.   Menerima  dan  menentukan  kelulusan  penubuhan  Tuspa  oleh  sekolah-sekolah
                                 yang memohon.
                           ii.   Merancang peruntukan belanjawan Tuspa.
                           iii.   Menyedia dan merancang perolehan peralatan dan logistik Tuspa.
                           iv.   Melantik Pegawai Penyelia / Pegawai yang bertanggungjawab mengenai Tuspa di
                                 peringkat IPPA.
                           v.    Melantik  Sekretariat  Tunas  Pertahanan  Awam  Kebangsaan  dengan  kerjasama
                                 pihak KPM.
                           vi.   Merancang dan melaksanakan program-program Tuspa di peringkat kebangsaan
                                 bersama-sama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
                          vii.   Merancang pelaksanaan kursus-kursus pusat / peringkat kebangsaan bagi pegawai
                                 penyelaras / guru penasihat dan anggota Tuspa.
                          viii.   Mengemas  kini,  mengesahkan  dan  menyebarkan  dasar-dasar  dan  arahan  tetap
                                 mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Tuspa.
                           ix.   Mengemaskini  data pegawai bersekutu,  pegawai penyelaras, kekuatan  anggota,
                                 kenaikan pangkat berkaitan Tuspa di peringkat pusat.
                           x.    Mengesahkan  sijil-sijil  kenaikan  pangkat  anggota  Tuspa  bagi  peringkat  pusat  /
                                 kebangsaan. (rujuk bab Keanggotaan dan Pangkat).


                          3.1.2. Angkatan Pertahanan Awam Negeri

                            i.   Menentukan  sama  ada  menyokong  /  tidak  menyokong  permohonan  penubuhan
                                 Tuspa oleh sekolah-sekolah yang telah disokong dan dipanjangkan oleh pihak JPN
                                 kepada APM negeri.
                           ii.   Menghantar permohonan penubuhan Tuspa yang telah  disokong ke IPPA untuk
                                 tujuan perekodan dan kelulusan.
                           iii.   Melantik Pegawai Penyelia / Pegawai yang bertanggungjawab mengenai Tuspa di
                                 peringkat APM Negeri.
                           iv.   Bekerjasama dengan pihak JPN dalam urusan pelantikan Pegawai Teknikal Tuspa
                                 negeri.
                           v.    Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tuspa negeri.
                           vi.   Merancang  program/aktiviti  Tuspa  peringkat  negeri  bersama-sama  Pegawai
                                 Teknikal Tuspa Negeri dan pihak JPN.
                          vii.   Menerima  dan  menentukan  sokongan  penubuhan  Tuspa  oleh  sekolah-sekolah
                                 yang memohon.
                          viii.   Menentukan serta memastikan kegiatan dan latihan Tuspa berjalan dengan teratur
                                 di peringkat negeri.
                           ix.   Mengadakan hubungan rapat dengan pihak JPN berkaitan kegiatan Tuspa.
                           x.    Mengesahkan sijil-sijil kenaikan pangkat anggota Tuspa di Negeri masing-masing
                                 (rujuk bab Keanggotaan dan Pangkat).
                           xi.   Mengemaskini  data pegawai bersekutu,  pegawai penyelaras, kekuatan  anggota,
                                 kenaikan pangkat berkaitan Tuspa di peringkat negeri.
                          xii.   Menyedia dan memberi bantuan logistik serta tenaga pengajar bagi tujuan latihan
                                 serta penilaian kenaikan pangkat (jika perlu / atas pertimbangan pengarah).





                                                            4
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21