Page 17 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 17
3.1.3 Pejabat Daerah / Unit Pertahanan Awam (PDPA / PUPA)
i. Bekerjasama dengan pihak PPD dalam urusan pelantikan Pegawai Teknikal Tuspa
daerah.
ii. Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tuspa daerah.
iii. Merancang program / aktiviti Tuspa peringkat daerah bersama-sama Pegawai
Teknikal Tuspa Daerah dan pihak PPD.
iv. Membantu pegawai penyelaras Tuspa sekolah dalam menyusun latihan dan
mentadbir Tuspa di sekolah-sekolah (jika perlu).
v. Menyediakan bantuan jurulatih yang berkelayakan dan keperluan logistik yang
teratur dan mencukupi dalam melaksanakan latihan Tuspa di setiap sekolah jika
ada permohonan (atas pertimbangan PPAD).
xi. Bertindak sebagai penasihat bersama semasa perkhemahan peringkat daerah (jika
dilaksanakan).
xii. Mengemaskini data pegawai bersekutu, pegawai penyelaras, kekuatan anggota,
kenaikan pangkat berkaitan Tuspa di peringkat daerah.
vi. Menghantar laporan kegiatan tahunan kepada PPAN setiap akhir tahun.
3.2 Kementerian Pendidikan Malaysia
3.2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
i. Menetap dasar penubuhan dan perkembangan Tuspa dengan kerjasama pihak
IPPA.
ii. Bekerjasama dengan pihak IPPA untuk merancang dan melaksanakan program-
program Tuspa di peringkat kebangsaan.
3.2.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
i. Menentukan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan penubuhan
Tuspa oleh sekolah-sekolah dan memanjangkan permohonan tersebut kepada
pihak APM negeri.
ii. Berbincang dengan pihak APM negeri dalam melantik Pegawai Teknikal Tuspa
Negeri.
iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Tuspa peringkat negeri.
iv. Bekerjasama dengan APM negeri untuk merancang dan melaksanakan program
Tuspa di peringkat negeri.
3.2.3 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
i. Berbincang dengan pihak PUPA / PDPA dalam melantik Pegawai Teknikal Tuspa
Daerah.
ii. Bekerjasama dengan Pegawai Teknikal Tuspa daerah dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti Tuspa di peringkat daerah.
3.2.4 Guru Besar Sekolah
i. Membuat permohonan penubuhan dan memastikan penubuhan Tuspa di sekolah
adalah sah.
ii. Menjadi pegawai bersekutu kepada Tuspa di peringkat sekolah (jika membuat
permohonan).
iii. Melantik guru yang merupakan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Malaysia
sebagai Pegawai Penyelaras Tuspa sekolah atau guru-guru lain sebagai Guru
Penasihat Tuspa sekolah.
iv. Menetapkan dan meluluskan peruntukan kewangan bagi Tuspa sekolah.
5

