Page 18 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 18
3.2.5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
i. Mencadangkan nama guru bagi lantikan pegawai penyelaras / guru penasihat
Tuspa sekolah kepada guru besar.
ii. Menetapkan bilangan dan pemilihan keanggotaan Tuspa di sekolah masing-
masing.
iii. Bekerjasama dengan pegawai penyelaras / guru penasihat Tuspa sekolah dalam
menyediakan keadaan dan suasana yang kondusif di sekolah bagi Tuspa sekolah
menjalankan aktiviti.
iv. Menggalakkan dan memberi peluang kepada anggota Tuspa sekolah mengambil
bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / bahagian / negeri /
kebangsaan.
v. Menjadi Pegawai Bersekutu kepada Tuspa di peringkat sekolah (jika membuat
permohonan.
vi. Menetapkan peruntukan kewangan untuk Tunas Pertahanan Awam Malaysia.
3.2.6 Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat (Guru)
i. Berhubung dan bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Daerah/Unit
(PPAD/PPAU) berkaitan latihan dan aktiviti Tuspa sekolah.
ii. Bertanggungjawab kepada Guru Besar sekolah dan Pegawai Pertahanan Awam
Daerah / Unit (PPAD / PPAU) berkaitan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran
Tuspa sekolah.
iii. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Tuspa sekolah.
iv. Merancang dan menjalankan aktiviti Tuspa sekolah berdasarkan sukatan latihan
(silibus) yang ditetapkan.
v. Menyediakan laporan tahunan Tuspa Sekolah.
vi. Menguruskan penyertaan anggota-anggota Tuspa dalam kegiatan di setiap
peringkat.
vii. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan Tuspa.
viii. Menguruskan logistik pasukan.
ix. Menganggotai panel tatatertib anggota Tuspa.
x. Mengajar dan menjadi jurulatih Tuspa.
4. KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
4.1 Keanggotaan Tunas Pertahanan Awam Malaysia
4.1.1 Pendaftaran untuk menganggotai Tuspa adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Murid-murid sekolah rendah antara tahun 4 hingga tahun 6. *
iii. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
* Keanggotaan Tuspa bermula daripada tahun 3 adalah dibolehkan jika aktiviti
badan beruniform sesebuah sekolah tersebut bermula dari tahun 3.
4.1.2 Struktur Pangkat Tuspa:
a) Lans Koperal Tunas Pertahanan Awam Malaysia (Penolong Ketua Skuad)
Rajah 1: Lencana Pangkat Lans Koperal Tuspa
6

