Page 14 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 14

2.  PENUBUHAN TUSPA SEKOLAH

                   2.1.  Prosedur Penubuhan Tunas Pertahanan Awam Malaysia di Sekolah

                   Bagi menubuhkan sesebuah badan beruniform Tuspa, prosedur berikut hendaklah dipatuhi (rujuk
                   Lampiran A):

                    2.1.1.  Guru yang berkhidmat di sekolah rendah yang juga merupakan Pegawai Pasukan APM
                           melalui guru besar sekolah hendaklah mendapatkan sokongan daripada pihak Jabatan
                           Pendidikan Negeri (JPN).
                    2.1.2.  Permohonan  yang  telah  mendapat  sokongan  akan  dipanjangkan  kepada  Pengarah
                           Pertahanan Awam Negeri (PPAN) oleh pihak JPN untuk tujuan sokongan daripada pihak
                           APM Negeri (Lampiran B)
                    2.1.3.  Walau bagaimanapun, mana-mana sekolah yang mempunyai guru yang juga merupakan
                           Anggota Sukarela APM (lain-lain pangkat) atau tidak mempunyai guru yang merupakan
                           Anggota Sukarela APM juga boleh membuat permohonan untuk menubuhkan Tuspa
                           dan akan dipertimbangkan kelulusannya oleh pihak APM.
                    2.1.4.  Permohonan yang telah mendapat sokongan Pengarah Pertahanan Awam Negeri akan
                           diproses oleh Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) untuk kelulusan.
                    2.1.5.  Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis kepada sekolah berkenaan
                           oleh pihak IPPA. Satu salinan keputusan permohonan juga akan dihantar kepada JPN.
                           Surat  pengesahan  penubuhan  Tuspa  sekolah  berkenaan  akan  dikeluarkan  oleh  pihak
                           IPPA.
                    2.1.6.  Apabila  telah  diluluskan  satu  nombor  pendaftaran  dalam  bentuk  sijil  /  surat  kelulusan
                           penubuhan akan diberi kepada sekolah berkenaan seperti berikut:

                                                    X / TUNAS / 29XX

                                   X         :  Kod negeri yang berkenaan misalnya B untuk Selangor
                                 TUNAS       :  Tunas Pertahanan Awam Malaysia
                                 XXXX        :  Tahun Penubuhan
                                   29        :  Nombor Kod Fail Kementerian Pendidikan Malaysia
                                                tentang kegiatan kokurikulum bagi Pasukan Beruniform
                                   XX        :  Nombor mengikut turutan sekolah


                    2.1.7.  Bagi sekolah-sekolah yang tidak ditadbir di bawah JPN yang berkenaan ataupun sekolah
                           bukan  bantuan  kerajaan,  misalnya  sekolah  persendirian  atau  sekolah  agama
                           persendirian, maka satu bentuk pengenalan diberikan iaitu:

                                     X / TUNAS ( A ) / 29XX - untuk sekolah agama
                                     X / TUNAS ( P ) / 29XX - untuk sekolah persendirian

                   2.2.  Organisasi

                   Setiap platun Tunas Pertahanan Awam Malaysia yang terdiri daripada 31 anggota merangkumi:

                       01 x Ketua Platun
                       03 x Ketua Skuad
                       06 x Penolong Ketua Skuad
                       20 x Anggota Tunas Pertahanan Awam Malaysia

               Seorang  atau  lebih  guru  yang  merupakan  Pegawai  Pasukan  Pertahanan  Awam  Malaysia  akan
               dilantik sebagai pegawai penyelaras bagi Tuspa di sesebuah sekolah*.

               Bagi  sekolah  yang  tidak  mempunyai  guru  yang  merupakan  Pegawai  Pasukan  Pertahanan  Awam
               Malaysia,  pihak  pentadbir  sekolah  boleh  melantik  guru-guru  lain  sebagai  Guru  Penasihat  Tuspa
               sekolah.

               *Lain-lain  guru  boleh  dilantik  oleh  pihak  pentadbir  sekolah  sebagai  Guru  Penasihat  Tuspa  bagi
               membantu pegawai penyelaras yang sedia ada menguruskan sesebuah Tuspa.
                                                            2
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19