Page 156 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 156

KESELAMATAN SEMASA WABAK PENYAKIT

               PENGENALAN

               Wabak bermaksud penyakit yang tiba-tiba merebak secara mengejut di dalam suatu kawasan. Wabak
               penyakit adalah fenomena biososial yang boleh wujud dalam mana-mana masyarakat pada bila-bila
               masa. Wabak penyakit berjangkit disebarkan oleh agen bakteria atau virus yang wujud di persekitaran
               kita. Wabak penyakit boleh membawa pelbagai implikasi kepada masyarakat seperti masalah sosial,
               ekonomi  dan  politik.  Sekiranya  tidak  dibendung,  wabak  boleh  menjejaskan  kesejahteraan  hidup
               manusia dan pembangunan negara.

               Wabak tersebar melalui pelbagai sumber seperti air, udara, makanan, haiwan, serangga dan manusia.
               Antara  wabak  yang  pernah  melanda  negara  kita  adalah  Denggi,  Zika,  Chikungunya,  Japanese
               Encephalitis (JE), Influenza H5N1 (Selsema Burung), Influenza A H5N1 (Selsema Babi), MERS-CoV
               dan COVID-19.












                                             Influenza H5N1                                            Coronavirus


               Kanak-kanak tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk dijangkiti wabak dan lebih teruk lagi boleh
               menyebabkan kematian disebabkan oleh sistem ketahanan badan kanak-kanak yang masih lemah.
               Oleh  itu  keselamatan  murid-murid  semasa  situasi  wabak  penyakit  berlaku  perlu  dititikberatkan.
               Terdapat beberapa perkara yang murid perlu ambil perhatian bagi meningkatkan keselamatan mereka
               ketika menghadapi wabak penyakit.


               ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK

               Penyebaran wabak dan kadar kes baharu dapat diklasifikasikan seperti berikut;

                  Endemik                    Epidemik                   Pandemik


                      •   Penyakit yang          •   Penyakit yang          •   Penyakit yang
                         sentiasa wujud             meningkat secara            meningkat secara
                         dalam masyarakat.          mendadak dalam              mendadak di
                      •   Sentiasa pada             kalangan                    seluruh dunia.
                         kadar yang stabil          masyrakat.              •   Selalunya bersifat
                         dan rendah.                                            penyakit baharu
                                                                                (Novel)




                                                           125
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161