Page 154 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 154

IKHTIAR HIDUP

               PENDAHULUAN

               Ikhtiar hidup membawa  maksud keupayaan  atau keadaan sesuatu itu  untuk terus hidup.  Di dalam
               konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
               supaya dia terus  hidup  ketika menghadapi ancaman. Terdapat  beberapa  situasi yang memerlukan
               seseorang untuk ikhtiar hidup seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang,
               masalah perlindungan dan lain-lain lagi.

                       Pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  bidang  ikhtiar  hidup  merupakan  perkara  penting  yang
               harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan
               kemahiran  dalam  bidang  ikhtiar  hidup  penting  kerana  kegiatan  luar  itu  sentiasa  terdedah  kepada
               pelbagai cabaran dan risiko.


               MASAKAN DARURAT

               Masakan  darurat  adalah  salah  satu  elemen  yang  sangat  penting  dalam  ikhtiar  hidup.  Kita  boleh
               menggunakan  sumber  daripada  hutan  untuk  menggantikan  peralatan  harian  untuk  memasak  bagi
               meneruskan kelangsungan hidup. Berikut adalah contoh-contoh masakan darurat:

                   a)  Memasak nasi menggunakan buluh
                      Teknik memasak nasi dalam buluh sama seperti memasak lemang. Gulungkan daun pisang
                      muda  dan  letakkan dalam ruas buluh. Masukkan  beras dan air ke dalam ruas buluh untuk
                      dimasak. Pastikan sukatan air dan beras adalah sama untuk mengelak nasi menah atau hangit.
                      Tutup tubing buluh dengan menggunakan daun. Pantau keadaan nasi dari semasa ke semasa.



























                   b)  Menggoreng telur di atas batu
                      Panaskan sebiji batu yang agak besar dan rata. Apabila sudah cukup panas, jauhkan batu di
                      dari sumber api. Letakkan daun pisang atau daun hutan di atas batu tersebut di atas batu yang
                      sedang panas. Pecahkan telur di atas daun dan biarkan beberapa minit sehingga telur masak.




                                                           123
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159