Page 157 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 157

PENYAKIT BERJANGKIT DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

               1. PENYAKIT BAWAAN UDARA

               Penyakit  bawaan  udara  tersebar  melalui  dua  jenis  cara  iaitu  jangkitan  titisan  dan  jangkitan  habuk.
               Percikan titisan air yang mengandungi patogen (virus) daripada mulut dan hidung berlaku semasa,
               bersin, batuk, bercakap, menguap dan bernafas. Manakala jangkitan habuk berlaku apabila bakteria
               dalam ludah pesakit yang sudah kering dan membentuk spora seterusnya disebarkan melalui habuk
               dan angin. Penyakit yang disebarkan melalui udara termasuklah penyakit Tuberkulosis (TB), SARS,
               Influenza A (H1N1) dan COVID-19.
















                                Batuk dan bersin dapat menyebabkan patogen tersebar di udara

               Langkah-langkah pencegahan penyakit bawaan udara:
                   a)  Tidak meludah merata-rata
                   b)  Elakkan diri daripada tempat sesak
                   c)  Mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
                   d)  Memakai pelitup hidung dan mulut semasa di tempat awam.
                   e)  Memastikan tempat tinggal cukup cahaya kerana sinar ultraungu boleh membunuh
                       sesetengah mikroorganisma


               2. PENYAKIT BAWAAN AIR

               Punca jangkitan penyakit bawaan air biasa berlaku kawasan tanpa bekalan air tidak terawat.
               Pembuangan tinja atau najis yang mengandungi patogen ke dalam sungai dan sistem sanitasi yang
               tidak  sempurna  juga  menyebabkan  air  tercemar  dan  menyebarkan  penyakit  bawaan  air.  Selain  itu
               penyakit bawaan air juga berlaku semasa bencana banjir. Contoh penyakit bawaan air adalah kolera,
               demam kepialu dan disentri ameba.

               Langkah pencegahan penyakit bawaan air:
                   a)  Mencuci tangan dengan sabun
                   b)  Mendidihkan air sebelum diminum
                   c)  Mencampurkan klorin dalam kolam atau sistem bekalan air
                   d)  Memastikan tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna












                                                           126
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162