Page 153 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 153

LATIHAN AMALI PENGUNGSIAN BANGUNAN

               TUJUAN
               Anggota kadet bagi tahun 4 dan 5 dikehendaki untuk menjalankan latihan amali bagi melepaskan diri
               dari bangunan / bilik terbakar bagi memantapkan lagi ilmu mereka. Pelaksanaan latihan tersebut akan
               dikawal selia oleh pegawai penyelaras / guru penasihat kadet sekolah masing-masing dibantu oleh
               anggota-anggota kadet tahun 6.

                       Anggota-anggota kadet tahun 6 diberi tanggungjawab untuk membantu dalam menyelaras dan
               menguruskan  latihan  tersebut  dengan  pemantauan  daripada  pegawai  penyelaras  /  guru  penasihat
               masing-masing. Tujuan mereka diberi tugasan tersebut adalah seperti berikut:

                   a)  Membina dan meningkatkan lagi tahap kepimpinan anggota kadet.
                   b)  Meningkatkan lagi penguasaan ilmu Pertahanan Awam mereka.
                   c)  Mendidik anggota kadet dalam perancangan pelaksanaan aktiviti.
                   d)  Mendidik anggota kadet dengan sifat berdikari.

               KEPERLUAN DALAM PELAKSANAAN LATIHAN AMALI

               Dalam usaha melaksanakan latihan amali tersebut, beberapa perkara dan aspek perlu diberi perhatian
               khusus oleh pegawai penyelaras / guru penasihat serta anggota-anggota kadet tahun 6 yang turut
               membantu. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

                   a)  Rancangan pengajaran latihan

                       Rancangan  pengajaran  latihan  diperlukan  bagi  setiap  kali  apa-apa  latihan  dijalankan.
                       Rancangan  pengajaran  tersebut  merangkumi  objektif  pengajaran  latihan,  huraian  senarai
                       peralatan yang diperlukan, bilangan peserta, huraian aktiviti yang dijalankan, tarikh, masa dan
                       tempat serta refleksi pengajaran latihan.

                   b)  Senarai keperluan peralatan

                       Senarai keperluan peralatan adalah sangat penting dalam memastikan latihan amali tersebut
                       berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

                             i.   Kain segi tiga
                                 Digunakan untuk mengikat serta menutup mata peserta latihan agar anggota kadet
                                 tidak dapat melihat sekeliling.

                            ii.   Meja dan kerusi
                                 Digunakan sebagai halangan laluan / untuk membentuk laluan di dalam bangunan
                                 bagi meningkatkan tahap kesukaran peserta.

                            iii.   Kon / skital
                                 Digunakan sebagai penanda kawasan latihan








                                                           122
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158