Page 59 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 59
c. Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra
Ketua Cawangan, Cawangan Pasukan Sokongan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
d. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Kulanthayan a/l K.C Mani
Pengarah Eksekutif Safekids Malaysia, Jabatan Sains Kesihatan Komuniti,
Universiti Putra Malaysia
e. Mej. (PA) Raja Muhammad Alhakim Bin Raja Jaafar @ Raja Yaakub
Pemangku Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah
f. Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah
Ajutan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
g. Pegawai-pegawai dari semua pusat-pusat latihan Pertahanan Awam
h. Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia
i. 13 orang guru-guru sekolah rendah di seluruh Malaysia yang juga merupakan pegawai pasukan
Pertahanan Awam
Para peserta Bengkel Penubuhan dan Pemurnian Buku Panduan Pengurusan Tunas Pertahanan Awam
Malaysia bertempat di ALPHA, Bangi, Selangor pada 26 hingga 27 Oktober 2016.
Hasil daripada bengkel tersebut terbentuklah Buku Panduan Pengurusan dan Modul Tunas Pertahanan
Awam Malaysia. Majlis penutupan bengkel tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada ketika itu, Datuk Selamat bin Dahalan.
Bagi tahun pertama perlaksanaan Tuspa, sebanyak 11 buah sekolah rintis seluruh negara menubuhkan
Tuspa sebagai salah satu badan beruniform kokurikulum yang dijalankan di sekolah sebelum pelaksanaannya
diluaskan ke sekolah-sekolah yang lain pada ketika itu. Senarai sekolah rintis bagi pelaksanaan Tuspa adalah
seperti berikut:
a. SK Ampang, Ampang, Selangor
b. SK Kg. Tunku, Petaling Jaya, Selangor
c. SJK (T) Kajang, Kajang, Selangor
d. SJK (C) Kwong Hon, Sungai Besi, Kuala Lumpur
e. SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak
f. SK Seri Al-Ulum, Pontian, Johor
g. SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor
h. SK Bukit Luba, Limbang, Sarawak
i. SK Nanga Beguang, Song, Sarawak
j. SK Sungai Kem Batu 18, Bintulu, Sarawak
k. SK Imbak, Telupid, Sabah
32

