Page 55 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 55

8.  PENILAIAN

               8.1.    Tujuan

                        8.1.1.  Menilai  prestasi  anggota  Tuspa  dalam  pengetahuan  asas  dan  kemahiran
                                Pertahanan Awam.
                        8.1.2.  Menilaian  kualiti  anggota  dari  segi  penglibatan  serta  penyertaan  mereka  dalam
                                semua aktiviti kokurikulum secara langsung ataupun tidak langsung dengan Tuspa.
                        8.1.3.  Memberi  motivasi  kepada  anggota  supaya  sentiasa  meningkatkan  kesedaran,
                                pengetahuan dan nilai Pertahanan Awam.

               8.2.    Prosedur Penilaian

                       8.2.1.  Penilaian dibuat sepanjang tempoh setahun silibus dilaksanakan mengikut tahun murid
                              iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
                       8.2.2.  Silibus  latihan  hendaklah  ditamatkan  selewat-lewatnya  pada  bulan  November  bagi
                              tahun berkenaan.
                       8.2.3.  Penilaian Tuspa di semua sekolah adalah selaras mengikut kaedah penilaian bagi unit-
                              unit beruniform lain yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
                       8.2.4.  Format penilaian adalah selaras seperti yang ditetapkan di peringkat JPN dan KPM.
                       8.2.5.  Aspek yang dinilai adalah seperti berikut:


                                                             ASPEK
                                                           (110 Markah)
                                           Penglibatan                         Penyertaan       Pretasi
                                           (50 markah)                        (40 markah)     (20 markah)
                        Jawatan     Peringkat   Komitmen        Khidmat        Kehadiran       Pencapaian
                                                              Sumbangan

                           10          20           10             10              40              20


               *  Penilaian  markah  adalah  selaras  dengan  Pentaksiran  Aktiviti  Jasmani,  Sukan  dan  Kokurikulum
               (PAJSK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk garis panduan PAJSK untuk butiran lanjut.

               8.3.    Sijil-Sijil Tunas Pertahanan Awam Malaysia

                       8.3.1.  Sijil Kenaikan Pangkat Anggota
                              -   dikeluarkan  oleh  APM  (rujuk  bahagian  Peraturan  Kenaikan  dan  Penurunan
                                 Pangkat Tuspa)

                       8.3.2.  Sijil Aktiviti / Kursus / Perkhemahan / Pencapaian (jika ada)
                              -    dikeluarkan oleh sekolah / PPD / PDPA / PUPA / JPN / KPM / PNPA / IPPA


               9.  PAKAIAN SERAGAM

               9.1.    Rasional
                       Pakaian  seragam  yang  dicadangkan  adalah  ringkas  namun  mempunyai  identiti  tersendiri.
                       Penggunaan pakaian seragam yang terdiri daripada baju kemeja biru muda, seluar sekolah
                       biru gelap dan kasut sekolah mampu dimiliki oleh semua murid termasuk murid yang tinggal
                       kawasan pedalaman.







                                                           28
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60