Page 58 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 58

PENGENALAN PERTAHANAN AWAM

            PENDAHULUAN

            Penubuhan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah bermula di Tanah Melayu pada era pra-kemerdekaan lagi.
            Dalam topik ini, anggota kadet akan mengetahui sejarah penubuhan APM serta memahami bagaimana APM
            berkembang dan berfungsi kepada masyarakat khususnya sehingga dikenali sebagai angkatan yang unggul
            pada masa kini.

               A.  LATAR BELAKANG TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA)

            Usaha penubuhan Program Unit Beruniform Kokurikulum Sekolah Rendah, Tunas Pertahanan Awam Malaysia
            (Tuspa)  bermula  pada  bulan  Mei  2013  apabila  kertas  cadangan  yang  pertama  bagi  penubuhan  Tuspa
            dikemukakan oleh Lt. M(PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa kepada pihak Cawangan  Pasukan Sokongan,
            Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA. Draf kurikulum latihan bagi Tuspa siap dibentuk Jun 2013. Draf tersebut
            seterusnya dipanjangkan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
            Draf kertas cadangan pelaksanaan Program Unit Beruniform Tuspa yang lengkap kemudiannya telah dibentuk
            pada Disember 2013.

                   Hampir  setahun  kemudian,  pada  21-23  November  2014  berlangsungnya  Seminar  Kor  Siswa  Siswi
            Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Malaysia Perlis dan Institut Pendidikan Guru
            Kampus Perlis. Dalam seminar tersebut, terbentuknya pengishtiharan Deklarasi Seminar (Pegawai Bersekutu)
            keempat, iaitu memperkasakan PROKSPA di peringkat sekolah rendah.  Kewujudan deklarasi tersebut telah
            membantu serta menguatkan lagi usaha dalam merealisasikan pembentukan Tuspa di sekolah rendah.

                   Seminggu  selepas  berlangsungnya  Seminar  tersebut,  berlangsung  pula  satu  Bengkel  Penubuhan
            Tuspa bertempat di Pusat Pertahanan Awam Negeri Perlis pada 27 hingga 29 November 2014. Bengkel tersebut
            telah menghasilkan satu kertas cadangan yang lebih sempurna dan terperinci termasuk struktur Tuspa dari segi
            pengurusan,  organisasi,  latihan,  pakaian  seragam  dan  lain-lain  lagi.  Para  peserta  bengkel  terdiri  daripada
            pegawai-pegawai kadet Kor Sispa IPG kampus Perlis, guru-guru sekolah rendah seluruh negara (bekas pegawai
            kadet Kor Sispa IPG Kampus Perlis) serta para pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru kampus Perlis
            yang diketuai oleh Mej. Bersekutu (PA) Mohd Nor bin Hamzah. Bengkel tersebut disempurnakan oleh Y.S Lt.
            Kol (PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Perlis.

                   Lebih setahun kemudian pada 7 Januari 2016, sesi pembentangan kertas cadangan dan taklimat secara
            terperinci  mengenai  Tuspa  telah  dilaksanakan  di  hadapan  Pengarah  Bahagian  Pengurusan  Angkatan,  Ibu
            Pejabat Pertahanan Awam Malaysia pada ketika itu, Y.A.S. TPj. (PA) Roslan bin Wahab bersama para pegawai
            daripada Bahagian Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Ibu Pejabat
            Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

                   Sejarah tercipta apabila permohonan bagi pelaksanaan projek rintis Program Badan Beruniform Tuspa
            tersebut diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan surat kelulusan oleh pihak Bahagian
            Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 8 April 2016. Kelulusan daripada pihak
            Kementerian  Pendidikan  Malaysia  tersebut  mencetuskan  satu  lagi  bengkel  iaitu  Bengkel  Penubuhan  dan
            Pemurnian Buku Panduan Tunas Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam
            (ALPHA), Bangi, Selangor. Bengkel tersebut dihadiri oleh:

                   a.  TPj. (PA) Roslan bin Wahab
                       Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, Pertahanan Awam Malaysia
                   b.  Kol. (PA) Pang Ah Lek
                       Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang




                                                            31
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63