Page 56 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 56
9.2. Pakaian Seragam Tunas Pertahanan Awam Malaysia
9.2.1. Jenis pakaian seragam rasmi untuk Tunas Pertahanan Awam Malaysia adalah:
i. Pakaian Seragam Tuspa (Pakaian Seragam Rasmi)
• Baju kemeja berwarna biru (Parisian blue) berlengan panjang bagi
perempuan atau pendek bagi lelaki dan seluar sekolah biru gelap.
ii. Pakaian Aktiviti Tuspa (pakaian aktiviti)
• Baju – T berwarna jingga berlengan panjang bagi perempuan dan
berlengan pendek bagi lelaki serta seluar sukan berwarna hitam / biru
gelap.
9.3. Spesifikasi Pakaian Tunas Pertahanan Awam Malaysia
9.3.1. Pakaian Seragam Tunas Pertahanan Awam Malaysia
i. Baju Kemeja – warna biru (Parisian Blue)
Baju kemeja biru muda mempunyai dua kocek di hadapan. Judul bahu “Tunas
Pertahanan Awam” di bahagian atas lengan sebelah kanan dan kiri. Lencana
pangkat pula diletakkan di atas kocek sebelah kiri serta lencana nama pula di atas
kocek sebelah kanan.
ii. Seluar sekolah – warna biru gelap
iii. Pakaian seragam kepala
Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tuspa perempuan beragama Islam memakai tudung
kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan rambut dan dimasukkan ke
dalam bahagian kolar baju.
iv. Tali pinggang
Tali pinggang kanvas berkepala besi berwarna emas berlambangkan logo APM.
v. Kasut kanvas hitam
9.3.2. Pakaian Aktiviti Tunas Pertahanan Awam Malaysia
i. Baju T’ - warna Jingga (Oren).
Baju T’ berkolar. Logo Pertahanan Awam di sebelah kiri bahagian depan baju.
Lengan pendek bagi lelaki dan lengan panjang bagi perempuan. Bagi lelaki, baju
T dimasukkan ke dalam.
ii. Seluar sukan - Warna hitam/biru gelap
iii. Pakaian Seragam Kepala
Beret berwarna jingga dengan lencana besi APM berwarna emas di atas kening
sebelah kiri. Bagi anggota Tunas Pertahanan Awam Malaysia perempuan
memakai tudung kepala berwarna biru gelap menutupi keseluruhan rambut dan
dimasukkan ke dalam bahagian kolar baju.
iv. Kasut kanvas hitam
*** Lihat Lampiran C
29

