Page 66 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 66
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
1. Waktu pembelajaran
Seiring dengan hasrat dan falsafah transformasi gelombang kedua dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, InSTAR telah mengambil inisiatif mulai tahun 2017 dengan memperkenalkan jadual
waktu mengikut jam setahun iaitu satu waktu PdPc adalah satu jam bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30
petang untuk Menengah Atas, manakala Menengah Rendah berakhir pukul 3.30 petang. Waktu rehat dua
kali bermula pukul 10.00 – 10.30 dan 1.00 hingga 2.00 petang untuk memberikan peluang dan ruang
kepada pelajar supaya mempunyai stamina dan bertenaga kembali untuk menyambung PdPc selepas
pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00bpetang dan 4.30 petang bagi hari-hari tertentu pada setiap
minggu persekolahan. Tujuannya, untuk memaksimumkan proses belajar pelajar dan guru dapat
meminimumkan proses pengajaran seperti kata pepatah Inggeris, ‘teach less learn more’.
2. Pembelajaran dan pemudahcara ( PdPc)
2.1 Kaedah PdPc berpusatkan pelajar dan guru berperanan sebagai fasilatator dan pemudahcara.
Mulai tahun 2017 guru-guru yang mengajar tingkatan 1 akan menggunakan DSKP menggantikan
RPT, manakala guru-guru yang mengajar tingkatan lain akan berpandukan sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran (KBSM) yang diperbaharui dengan elemen KBAT dan PAK21. Guru
bertanggungjawab mempastikan pelajar menguasai KBAT terlebih dahulu dan dalam masa yang
sama format, ciri, elemen, pola dan format KBAT perlu diterap dan digarap dalam PdPc supaya
pelajar boleh menguasai kemahiran berfikir aras tinggi bagi persediaan menguasai kemahiran
berfikir termasuk menjawab instrumen pentaksiran dan item peperiksaan. Pendekatan mengajar
secara modular dan menyediakan serta menggunakan modul pembelajaran dalam proses PdPc
supaya berlaku proses pembelajaran yang bermakna di dalam bilik darjah. Selain itu, kursus dan
penataran kepada guru mata pelajaran akan dilaksanakan secara sepenuhnya dan berterusan
2.2 supaya guru mahir dan menguasai pendekatan baharu, terutama dalam PdPc abad ke – 21.
Pelajar mesti bersama guru sepanjang sesi PdPc.
2.3 Mesyuarat Perancangan Kurikulum sekolah perlu diadakan sebelum bermula setiap sesi
persekolahan.
2.4 Guru-guru hendaklah kreatif menggunakan maklumat daripada buku teks yang dibekalkan (SPBT)
dan bahan-bahan lain yang boleh diakses daripada portal, internet, modul, untuk memudahkan
proses PdPc berasaskan garis paduan sukatan, dokumen standard (KSSM) huraian sukatan KBSM
dan mengikut format dan kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam konteks instrumen
pembinaan item pentaksiran dan penilaian.
65

