Page 67 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 67
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
2.5 Latihan perlu diberikan kepada pelajar sebelum, semasa dan selepas proses PdPc berlangsung dan
bahan tambahan yang bersesuaian selepas sesi persekolahan harian tamat.
2.6 Setiap panitia mata pelajaran hendaklah menetapkan jumlah latihan minimum dan kecukupan latihan
yang perlu disiapkan oleh pelajar dan jumlah tersebut perlu disemak semasa membuat pemantauan.
2.7 Bahan pembelajaran (learning material) mesti diperiksa dan dipulangkan semula kepada pelajar
dengan kadar segera untuk pelajar membuat pembetulan semula. Kecukupan latihan penting untuk
mengurangkan defisit pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.8 Mulai tahun 2017, pelajar tingkatan 4 dan 5 yang berpencapaian ‘high risks’ atau gagal berdasarkan
keputusan peperiksaan dalaman akan dimasukkan ke dalam makmal dalam tempoh tertentu
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian. Kumpulan sasar tersebut akan diajar dan dibimbing
tentang sub topik yang lemah berdasarkan analisis item dan diberikan ujian diagnostic untuk
memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan dan gred minimum yang ditetapkan oleh sekolah.
2.9 Pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT hendaklah dipraktikan oleh guru. Ini bagi memastikan
kreativiti guru dalam PdPc abad ke 21 dan melestarikan InSTAR sebagai SBT.
2.10 Mata pelajaran yang berbantukan modul PdPc hendaklah sentiasa digunakan.
2.11 Tindakan guru berkursus atau mengikut aktiviti rasmi luar sekolah: -
2.11.1 Tinggalkan bahan/edaran/modul untuk pelajar kepada GKMP atau GPK Pentadbiran atau
memasukkan tugasan atau lembaran kerja ke dalam ‘pigeon hole’ masing-masing di bilik
guru untuk mudah diambil oleh guru ganti berpandukan maklumat pada slip guru ganti yang
dikeluarkan oleh unit jadual waktu. Guru digalakkan menempah jadual ganti lebih awal.
2.11.2 Mencatatkan nama guru yang mengambil alih setiap kelas dan memberikan ucapan terima
kasih kepada mereka yang menggantikan kelas yang ditinggalkan kepada pelajar.
2.12 Pengajaran yang paling tidak berkesan apabila guru mengajar sambil duduk. Guru yang mengajar
sambil duduk tidak dapat memberikan tumpuan kepada semua pelajar di dalam kelas. Pelajar kurang
fokus dan guru tidak dapat berkomunikasi secara ’body language‘, 70 % mesej menerusi komunikasi
tidak berlaku sekiranya guru mengajar sambil duduk.
2.13 Guru digalakkan memberi salam sebelum pelajar member salam atau hormat kepada guru yang
memasuki kelas. Logiknya kalau tetamu bertandang ke rumah, tetamu akan memberi salam kepada
tuan rumah, bukan sebaliknya.
2.14 Guru-guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan kelas dan tindakan
setiap 3 minit pertama sebelum memulakan proses pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan
2.15 Ketika pelajar membuat latihan/menulis atau menyediakan folio dan sebagainya, guru perlu bergerak
kepada pelajar untuk membimbing dan memantau kerja yang dilakukan oleh mereka.
2.16 Pelajar hendaklah bergerak pantas menepati waktu ke makmal/bilik-bilik khas/ bengkel / surau/padang.
2.17 Semasa pentaksiran dan peperiksaan dijalankan, guru-guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut
jadual waktu yang diberikan. Ini bermakna guru tidak boleh masuk lewat sebelum peperiksaan atau
meninggalkan kelas selepas tamat peperiksaan. Kawalan kelas hendaklah berterusan.
66

