Page 69 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 69
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
4.5 Guru kelas bertanggungjawab membuat pemantauan dan penyeliaan 3K kelas untuk mempastikan
pelajar dalam kelas seliaan sentiasa mengamalkan konsep dan amalan tersebut.
4.6 Setiap hujung tahun, penyelaras tingkatan bertanggungjawab membuat penyusunan semula pelajar
bagi sesi tahun yang akan datang mengikut merit dan kesesuaian kumpulan mata pelajaran setelah
berbincang dengan pengetua.
4.7 PBD-merupakan pentaksiran yang dilaksanakan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
4.8 PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
tingkatan 1, 2 dan 3 yang melibatkan komponen pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik,
pentaksiran PAJSK dan pentaksiran tingkatan 3 (ujian bertulis PT3)
4.9 Guru perlu bina instrumen yang bersesuaian tetapi kemahiran dalam dokumen standard prestasi
adalah sama.
5. Program Kecemerlangan Akademik
5.1 Program pengukuhan dan pengayaan perlu dilaksanakan oleh guru bagi setiap mata pelajaran dan
kelas yang diajar.
5.2 Guru perlu memberikan latihan bertulis secukupnya kepada pelajar dan memastikan pelajar membuat
tugasan dan kerja rumah dengan sebaik-baiknya. Selain itu, guru-guru hendaklah memeriksa semua
tugasan atau kerja rumah pelajar dengan teliti sehingga objektif yang dirancang dan dikehendaki
tercapai
5.3 Semua pengajaran hendaklah dirancang dengan baik untuk mencapai objektif khusus. Pengetua,
Penolong Kanan, GKMP dan Ketua Panitia berhak membuat pemantauan dan penyeliaan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas secara berjadual 2 kali setahun. Guru seharusnya menerima teguran
yang konstruktif dengan rela dan terbuka daripada pentadbiran sekolah. Pengetua boleh melakukan
pencerapan PdPc secara berkala dan berterusan.
5.4 Sejak tahun 2015 lagi, audit akademik peringkat daerah dilaksanakan melalui program transformasi
daerah Pekan, salah satu strategi yang dipersetujui bersama, iaitu melaksanakan penandarasan
pencerapan guru mata pelajaran terbaik mengikut zon di dalam daerah Pekan.
6. Rekod Persediaan Mengajar
6.1 Rekod Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa dikemaskini. Setiap
bahagian hendaklah diisi menurut kehendak-kehendak yang ditetapkan iaitu:
6.1.1 Melengkapkan butir-butir diri guru, cuti am dan penggal persekolahan dan jadual waktu kelas
/ persendirian sekiranya ada perubahan.
6.1.2 Bayaran Yuran Makan Asrama dan PIBG.
68

