Page 68 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 68
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
2.18 Masa pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam dalam kelas mestilah digunakan sepenuhnya
untuk melaksanakan langkah-langkah pengajaran bermula dengan set induksi seperti yang dicatat
dalam RPH, pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang bermakna, membuat latihan dan
diakhiri dengan pengukuhan, bukannya memeriksa kertas ujian / peperiksaan umum, dan lain-
lain aktiviti yang tidak berkaitan dengan PdPc.
3. Pentadbiran
3.1 Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kurikulum diadakan minggu pertama persekolahan dan perlu
diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
3.2 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran kali pertama pada minggu ke dua selepas Mesyuarat Induk
Kurikulum dan seterusnya mengikut jadual / takwim yang telah disediakan sebanyak lima kali
setahun.
3.3 Minit Mesyuarat Panitia hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kurikulum atau GPK Pentadbiran
tiga hari selepas mesyuarat dan minit mesyuarat tersebut perlu diedarkan kepada semua guru
panitia yang terlibat.
3.4 Guru dibenarkan mengajar tidak melebihi empat subjek berlainan dalam satu masa bagi
mengurangkan beban.
3.5 Jumlah waktu mengajar maksimum bergantung kepada jumlah bilangan guru dan subjek yang
ditawarkan. Jumlah ini tidak mungkin melebihi 30 waktu seminggu.
3.6 Ketua Panitia dikehendaki menjalankan pencerapan rakan sejawat dalam kelas sekurang-
kurangnya dua kali setahun.
3.7 Pentadbir (G9) perlu menjalankan pencerapan terhadap guru supaya setiap guru dapat diselia
oleh pentadbir sekurang-kurangnya dua kali setahun. Buku kerja / rampaian / latihan pelajar
hendaklah diperiksa oleh guru mata pelajaran dan diikuti oleh semakan oleh pentadbir secara
berkala dalam setahun.
4. Penilaian, Pentaksiran Dan Peperiksaan
4.1 Peperiksaan Sumatif diadakan dua kali setahun bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Peperiksaan Akhir Tahun / Peperiksaan Percubaan PT3 dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.
4.2 Markah ujian / peperiksaan hendaklah dimasukkan oleh guru subjek ke dalam sistem ISIS dan
SAPS dalam masa dan tarikh yang telah ditetapkan selepas setiap ujian / peperiksaan berakhir.
4.3 Penyelaras peperiksaan setiap tingkatan adalah bertanggungjawab memperoses dan
menyediakan analisis ujian / peperiksaan masing-masing.
4.4 Guru tingkatan bertanggungjawab mencetak slip keputusan kelas masing-masing dan seterusnya
menyerahkan kepada pengetua untuk ditandatangani sebelum diserahkan kepada ibu bapa /
penjaga. Satu salinan slip peperiksaan individu pelajar hendaklah disimpan di dalam fail rekod
pelajar. 67

