Page 70 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 70
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
6.1.3 Sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, DSKP (tingkatan satu) dan setiap kelas
yang diajar.
6.1.4 Rancangan pelajaran setiap penggal dan setiap mata pelajaran yang diajar dan
difailkan.
6.1.5 Rekod penilaian murid - lengkapkan nama dan markah bagi semua kelas yang
diajar.
6.1.6 Rekod Penilaian Setiap Penggal.
6.1.7 Dalam fail rekod persediaan mengajar juga disertakan lampiran profil PPB individu
untuk memudahkan guru menyimpan dan merekod maklumat seperti dalam
lampiran kerana laluan kerjaya pada masa hadapan berdasarkan kompetensi dan
prestasi. Maklumat dalam lampiran profil PBB individu boleh dibawa keluar dan
dimasukkan ke dalam fail sendiri untuk untuk tujuan penilaian temuduga laluan
kerjaya atau kenaikan pangkat.
6.1.8 Mencatat tindakan sebagai guru ganti, iaitu:-
6.1.8.1 Catatkan tarikh, masa, kelas, mata pelajaran dan aktiviti yang
dijalankan.
6.1.8.2 Laksanakan bahan yang dibekalkan, guru ganti diminta merancang
aktiviti mengikut keupayaan guru.
6.1.8.3 Jika tiada bahan dibekalkan, guru ganti diminta merancang aktiviti
mengikut keupayaan.
6.1.8.4 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan tanpa pengawasan
guru ganti dan elakkan amalan budaya buat kerja sendiri.
6.2 Rancangan Mengajar Harian hendaklah dihantar secara atas talian kepada Pengetua untuk
disemak dan ditandatangani pada hari Jumaat.
69

