Page 13 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 13
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TAMAN MELAWATI
KALI KE-37
SESI 2020/2021
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
HARI : SABTU
MASA : 10.05 PAGI
TEMPAT : DEWAN TOH PUAN MAHANI, SK TAMAN MELAWATI
KEHADIRAN : SEPERTI LAMPIRAN (255)
PENGERUSI MESYUARAT
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Ir. Fauzi Bin Omar, YDP PIBG SK Taman Melawati sesi 2019/2020.
AGENDA
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37.
1.2 Memaklumkan bilangan ahli mesyuarat mencukupi korum. Seramai 255 ahli hadir.
1.3 Memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa yang terdahulu bagi sesi 2019/2020 dan
mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerja buat sepanjang tahun 2019.
1.3.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa di atas kerjasama
dan sumbangan yang diberikan.
1.4 Ucapan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang hadir dan berharap mesyuarat dapat
dilaksanakan dengan baik.
1.5 Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam Majlis Makan Amal
pada penghujung tahun 2019 bagi mengumpul dana pembinaan surau sekolah.
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn. Siti Salmizan Binti Mohd Halimi, Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2019/2020
membentangkan Minit Mesyuarat PIBG SKTM Kali ke 36.
2.2 Meminta ahli untuk merujuk pada minit mesyuarat di muka surat 10 hingga 17.
12

