Page 16 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 16

5.3.9  En. Zaini bertanyakan tentang baki duit PIBG dan mencadangkan duit tersebut digunakan
                    untuk baik pulih tandas. Pengerusi menerangkan bahawa baki duit
                    PIBG tersebut termasuk bayaran PIBG murid tahun 1 yang telah dibayar pada tahun 2019,
                    dan baki tersebut khusus untuk tabung pembinaan surau.
             5.3.10  En. Mokhzani mencadangkan pihak sekolah menggunakan khidmat polis bantuan untuk
                    mengawal  lalu  lintas.  Pengerusi  akan  memohon  untuk  menggunakan  khidmat  polis

                    bantuan.
             5.3.11  En. Nazda mencadangkan agar pihak sekolah membuat kutipan sumbangan di surau atau
                    masjid. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah tidak dibenarkan untuk meminta
                    sumbangan di masjid.
             5.3.12  Puan Aisyah  mencadangkan agar  sekolah  menganjurkan  program  seperti  kelas bahasa
                    untuk mengumpul sumbangan daripada ibu bapa.
             5.3.13  Pn. Alia Ismail mengatakan bahawa dia boleh menyumbangkan bakatnya dalam bidang
                    seni.
             5.3.14  Puan  Farasqila  Diana  Kamarudin  mencadangkan  sekolah  boleh  berkolaborasi  dengan

                    pihak luar  seperti  menjaga  kucing  terbiar  dan  kemudian  menjual  kucing  tersebut  bagi
                    mendapatkan dana. Tuan Guru Besar akan membincangkan usul tersebut.
             5.3.15  Sebulat suara menyokong cadangan bayaran untuk keselamatan iaitu sebanyak RM20.
             5.3.16  Tuan Guru Besar menegur sikap ibu bapa yang sengaja menghantar anak lewat ke sekolah
                    dan surat amaran akan diberikan jika kejadian tersebut berlaku berulang kali
             5.3.17  Tuan  Guru  Besar  juga  memohon  ibu  bapa  supaya  menghormati  pihak  sekolah  dan
                    meminta izin untuk masuk ke sekolah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kes
                    culik.
             5.3.18  Tuan Guru Besar meminta ibu bapa memohon kebenaran di pejabat sebelum berjumpa
                    guru dan laporan polis boleh dibuat jika ibu bapa tidak mengikuti peraturan tersebut.

             5.3.19  En. Nazda menyokong tindakan memanggil ibu bapa datang ke sekolah kerana yakin lebih
                    memberi kesan kepada ibu bapa berbanding kelas tahanan.
             5.3.20  Puan Izzati mencadangkan supaya mengutip RM10 terlebih dahulu, kerana sumbangan
                    PIBG  telah  dibayar  sebanyak  RM80,  dan  mencadangkan  supaya  peraturan  sekolah
                    diperluaskan dengan menggunakan medium telegram.
             5.3.21  Puan  Khamisah  menjelaskan  bahawa  murid  Tahun  1  telah  pun  membuat  bayaran
                    sebanyak RM20.
             5.3.22  Pengerusi membuat undian untuk membuat kutipan samaada RM10 atau RM20 untuk

                    bayaran keselamatan, dan keputusan sebulat suara bersetuju untuk membayar RM20
                    untuk bayaran keselamatan (penyelenggaraan dan Rela)
             5.3.23  Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM80 bagi setiap keluarga





                                                           15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21