Page 17 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 17
5.4 Kokurikulum
5.4.1 Puan Noradila Bt Adnan memohon supaya pihak sekolah memaklumkan jika
terdapat pertandingan yang melibatkan sukan renang. En Nasaruddin
menyatakan bahawa sukan renang tidak terdapat di sekolah kerana pihak
sekolah tidak mempunyai kepakaran dalam sukan renang. Bagi ibu bapa yang
berminat untuk menghantar anak dalam sukan renang bolehlah menghantar
di tempat yang berbayar.
5.4.2 Puan Aisyah memohon supaya semua murid diberi peluang untuk melibatkan
diri dalam sukan.
5.4.3 Puan Farah memohon supaya peruntukan yang lebih diberikan kepada sukan
dan kokurikulum. Beliau memohon pihak sekolah memberikan penghargaan
kepada murid yang terlibat.
5.4.4 En. Mohd Asran mencadangkan pihak sekolah mengadakan program
mencungkil bakat bermula dengan murid tahap 1.
5.4.5 Pengerusi memaklumkan tiada pelajar yang mendapat 5A dan 6A dalam Ujian
Diagnostik yang telah dijalankan pada awal tahun.
5.4.6 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa hanya 17% murid yang lulus dalam
Ujian Diagnostik
5.4.7 En. Mohd Saiful mencadangkan supaya sekolah menganjurkan Teknik
Memahami Soalan kerana terdapat murid yang mengalami masalah dalam
memahami soalan. Guru besar memaklumkan pihak sekolah akan membuat
teknik menjawab soalan.
5.4.8 Puan Norazila Abdullah bertanyakan sama ada pihak sekolah ada membuat
program dwi bahasa. Guru Besar memaklumkan tidak ada program dwi
Bahasa.
5.4.9 Puan Aisyah menyatakan bahawa dia tidak nampak semangat anak-anak
dalam menyokong pasukan rumah ketika hari sukan. Beliau mencadangkan
supaya murid yang tidak menyertai aktiviti untuk menjadi penyokong
pasukan masing-masing, supaya pada masa akan datang, murid tersebut
bersemangat untuk aktiviti sukan.
5.4.10 En Nasarudin memaklumkan sukan tahunan akan dilakukan pada 2 Mac 2020
dan menggalakkan kehadiran semua.
5.4.11 En Nasarudin juga mengatakan bayaran yuran ditentukan oleh penganjur.
5.4.12 En Nazda bertanyakan sama ada sekolah mempunyai program sukan
sepanjang tahun. En Nasarudin mengatakan sekolah mempunyai aktiviti
tahunan namun terdapat sedikit masalah seperti tempat pelaksanaan aktiviti
sukan.
16

