Page 15 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 15

5.0    MEMBAHASKAN USUL/ CADANGAN


             5.1. Akademik
                       5.1.1.  Pengerusi membaca usul ke-4 dan menyerahkan kepada Tuan Guru Besar untuk
                              diulas.
                       5.1.2  Tuan  Guru  Besar  memaklumkan  bahawa  beliau  akan  melakukan  perubahan
                              dalam  PdPc.  Beliau  akan  menggalakkan para  guru bermain  dengan  frasa atau
                              perkataan semasa PdPc dijalankan.

             5.2 Pembangunan

                       5.2.1  Tuan  Guru  Besar  akan  memastikan  penggunaan  Google  Classroom  digunakan
                              bagi menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Selain itu, Tuan Guru Besar
                              mencadangkan  penggunaan  “smart  board”  dalam  kelas  supaya  dapat  diakses
                              oleh semua murid.
                       5.2.2  Tuan  Guru  Besar  memohon  supaya  kelab  alumni  SKTM  dapat  memberikan
                              sumbangan dalam mengumpulkan dana untuk membeli smart board.


             5.3 Kebajikan dan keselamatan
                       5.3.1  Encik Nazda memohon supaya murid menggunakan laluan yang sesuai kerana
                              laluan  yang  digunakan  oleh  murid  berhabuk  dan  berdebu  yang  boleh
                              membahayakan  kesihatan  murid-murid.  Pengerusi  berharap  dan  memohon
                              supaya pihak sekolah boleh menyelesaikan masalah itu.
                       5.3.2  Pengerusi membahaskan tentang usul kempen minum air dan menggalakan pihak
                              sekolah supaya mewujudkan kempen minum air terutamanya pada musim panas.
                              Pengerusi  juga  mengucapkan  terima  kasih  kepada  ibu  bapa  yang
                              menyumbangkan dua buah mesin air untuk kegunaan murid-murid.

                       5.3.3  Pengerusi mengatakan bahawa sudah terdapat aktiviti seni mempertahankan diri
                              di sekolah iaitu silat dan karate.
                       5.3.4  En.  Nazda  menyatakan  bahawa  sistem  keselamatan  di  sekolah  masih  lemah
                              dimana tiada papan tanda tentang kawasan sekolah. Terdapat pihak yang masih
                              memandu  dengan laju  di  kawasan  sekolah  yang  boleh  membahayakan  nyawa
                              murid-murid sekolah.
                       5.3.5  Pengerusi memaklumkan akan menulis surat untuk memohan papan tanda untuk
                              diletakkan di kawasan sekolah.

                       5.3.6  Pengerusi menegur sikap ibu bapa yang meletakkan kereta di ruangan “drop off”
                              yang boleh mengganggu aliran trafik terutamanya pada waktu puncak.
                       5.3.7  Pengerusi juga menegur sikap ibu bapa yang memarahi pengawal keselamatan
                              dan meminta ibu bapa supaya tidak bergaduh dengan pengawal serta memohon
                              kebenaran jika ingin memasuki ke dalam kawasan sekolah.
                       5.3.8  Pengerusi memaklumkan kos RELA dalam lingkungan RM20,000.00 setahun dan
                              memohon ibu bapa untuk membayar RM20 untuk RELA dan maintenance bagi
                              setiap pelajar.

                                                           14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20