Page 18 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 18
5.5 Maklumat dan Sokongan Ibu Bapa
5.5.1 En. Nazda mencadangkan Jawatankuasa PIBG dikekalkan sepanjang dua atau
tiga tahun. Pengerusi memaklumakan jawatankuasa boleh dikekalkan
dengan persetujuan ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju
Jawatankuasa PIBG dan sumbangan pibg sebanyak RM80 dikekalkan untuk
tempoh dua tahun.
5.5.2 Puan Azylyn mencadangkan agar pihak sekolah memohon untuk menjadi
sekolah angkat Sime Darby dan memohon supaya guru menggunakan istilah
bahasa inggeris dalam PdPc bagi memudahkan pemahaman murid. Pengerusi
memohon ibu bapa menggalakkan penggunaan bahas
5.5.3 a Melayu dalam membantu murid-murid memahami. Pengerusi juga
memohon ibu bapa yang mempunyai kenalan membantu pihak sekolah
dalam menjadi sekolah angkat Sime Darby.
5.5.4 Puan Najiha menggalakkan pihak sekolah menggunakan IT. Sekolah juga
boleh mengenakan yuran untuk kelas IT.
5.5.5 Puan Amalia mencadangkan ibu bapa yang berkemampuan boleh menolong
ibu bapa yang kurang mampu dalam membayar yuran PIBG. Pengerusi
menyokong cadangan tersebut.
5.5.6 Puan Aisyah mencadangkan hukuman dikenakan kepada murid nakal.
Contohnya, murid yang banyak bercakap diminta menjadi pengacara majlis.
Pengerusi menjelaskan bahawa sekolah mempuanyai kawasan pengucapan
awam untuk menggalakkan murid bercakap di hadapan khayalak ramai.
5.5.7 Pengerusi memohon supaya ahli PIBG yang bakal dilantik boleh meghadirkan
diri dalam mesyuarat jam 5 petang sehingga 8 malam.
6 PEMBUBARAN AJK PIBG BAGI SESI 2019/2020
6.1 Pengurusi mewakili barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 mengucapkan terima kasih dan
memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tahun 2019.
Seterusnya membubarkan barisan AJK PIBG sesi 2019/2020.
7 PELANTIKAN AJK BAHARU SESI 2020/2021
7.1 Tuan Guru Besar dilantik sebagai pengerusi sementara
7.2 Tuan Guru Besar menyatakan AJK PIBG bagi pihak sekolah telah pun ditetapkan.
7.3 Ahli mesyuarat mencadangkan AJK sesi 2019/2020 dikekalkan dan disokong sebulat
suara
7.4 Pn Marisanam,GPK Kurikulum mencadangkan satu lantikan baru dibuat bagi AJK yang
tidak hadir pada hari ini
7.5 Pelantikan AJK bagi sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:
17

