Page 136 - BUKU TEKS ASK T3
P. 136
Lakaran jenis kekardinalan dalam lukisan gambar rajah perhubungan entiti
4.5 bagi situasi-situasi berikut.
(a) Seorang guru menjadi guru kelas bagi satu kelas sahaja.
(b) Seorang murid boleh mendaftar lebih daripada satu acara sukan.
Penyelesaian:
(a) Jenis kekardinalan ialah one to one (1:1)
1 1
GURU mengurus KELAS
(b) Jenis kekardinalan ialah one to many (1:M)
1 M
MURID mendaftar ACARA
4.3
Jejaki Kekardinalan Kaedah
Gallery Walk
1. Teliti pernyataan-pernyataan di bawah. Berdasarkan syarat pada setiap pernyataan,
lakukan aktiviti yang seterusnya.
Murid yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer telah diminta oleh
guru mereka untuk menyediakan folio digital tentang pangkalan data. Semua
murid perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
(a) Setiap murid perlu menyiapkan satu tugasan.
(b) Setiap murid boleh merujuk kepada pelbagai jenis sumber untuk
mendapatkan maklumat.
(c) Guru menyemak folio yang dihantar oleh semua murid.
2. Kenal pasti jenis kekardinalan bagi setiap pernyataan.
3. Sediakan satu peta pemikiran i-THINK untuk:
(a) Mengkategorikan jenis kekardinalan.
(b) Melukis rajah perhubungan entiti (ERD) mengikut kategori di 3 (a).
4. Seorang ahli daripada setiap kumpulan dilantik sebagai pembentang.
5. Setiap pembentang harus berada berhampiran meja masing-masing untuk membuat
pembentangan manakala ahli-ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk melihat
hasil kerja kumpulan yang lain.
6. Ulang langkah 5 sehingga semua kumpulan telah mendengar pembentangan daripada
kumpulan yang lain.
126

