Page 138 - BUKU TEKS ASK T3
P. 138

Pangkalan data dibina berdasarkan beberapa langkah. Rajah 4.15 menunjukkan langkah-
           langkah untuk membina pangkalan data berdasarkan situasi berikut:


               SMK Sinar Gemilang mengalami masalah untuk mendapatkan analisis keputusan
               peperiksaan murid-murid di sekolah tersebut dengan cepat kerana markah murid-murid
               perlu  dikira secara  manual. Bagi  menyelesaikan  masalah  ini,  anda  bercadang  untuk
               menghasilkan Sistem Maklumat Peperiksaan atau dikenali sebagai SisMaP.



             Langkah 1: Tentukan tujuan                   Langkah 2: Menentukan entiti
             pembinaan pangkalan data                     yang diperlukan oleh SisMaP
             •  untuk menghasilkan analisis               •  entiti MURID
               keputusan peperiksaan dengan               •  entiti MARKAH
               cepat




                   Langkah 3: Menentukan atribut             Langkah 4: Menentukan
                   yang diperlukan bagi SisMaP               hubungan dan kekardinalan
                   •  atribut-atribut bagi entiti            yang diperlukan bagi SisMaP
                     MURID ialah ID_Murid,                   •  Entiti MURID
                     Nama_Murid, Jantina, Kaum,                Kekunci primer: ID_Murid
                     Nama_Kelas, Nama_Guru_                  •  Entiti MARKAH
                     Kelas                                     Kekunci primer: ID_Markah
                   •  atribut-atribut bagi entiti              Kekunci asing: ID_Murid
                     MARKAH ialah ID_Markah,                 •  Kekardinalan
                     ID_Murid, BM, BI, Sn, Mate,               Hubungan one to many (1:M)
                     Sej, Geo, ASK




                   Langkah 5 : Menghasilkan pangkalan data SisMaP
                   •  Jadual
                     Membina dua jadual berdasarkan entiti MURID dan entiti MARKAH
                   •  Borang
                     Membina dua borang berdasarkan jadual bagi entiti MURID dan entiti MARKAH
                   •  Pertanyaan (Query)
                     Membina beberapa pertanyaan (Query) berdasarkan entiti MURID dan entiti
                     MARKAH menggunakan SQL
                   •  Laporan
                     Menghasilkan laporan berdasarkan hasil pertanyaan (Query)

                                Rajah 4.15  Langkah-langkah pembinaan pangkalan data


                             4.6
             Pangkalan data yang menghasilkan sistem maklumat yang efisien direka bentuk melalui beberapa
             fasa. Nyatakan fasa-fasa dalam pembangunan sistem maklumat.

          128
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143