Page 137 - BUKU TEKS ASK T3
P. 137

Pangkalan Data dan SQL  4.1



               4.1.5   Membina Pangkalan Data
                                                                                 Pembelajaran
             Pangkalan data dibina dengan menggunakan perisian sistem       Murid boleh:
             pengurusan pangkalan data atau lebih dikenali sebagai DBMS     4.1.5  Membina pangkalan
             (Database Management System). Satu contoh perisian DBMS             data yang terdiri
             ialah Microsoft Access. Perisian ini dilengkapi dengan berbagai-bagai   daripada:
             alat perisian (software tools) bagi memudahkan pembangunan,         (i)  entiti (table)
             pengurusan dan penyelenggaraan pangkalan data hubungan              (ii)  atribut(field)
             (relational database).                                              (iii)  hubungan
                Jadual 4.3 menunjukkan objek-objek pangkalan data
             Microsoft Access yang wujud dan penerangan tentang kegunaan
             objek-objek ini.






                Microsoft’s SQL Server, Oracle, Informix, DB2, Sybase, Postgress dan MySQL boleh digunakan
                untuk membangunkan pangkalan data.





                              4.5

               Anda telah mengetahui bahawa Microsoft Access merupakan salah satu aplikasi DBMS. Berikan contoh
               aplikasi DBMS selain Microsoft Access dengan menyatakan kelebihan aplikasi tersebut.


                      Jadual 4.3  Objek-objek pangkalan data dalam perisian aplikasi Microsoft Access

             Jenis objek                    Penerangan tentang kegunaan objek
                         •  Satu entiti diwakili oleh satu jadual. Atribut-atribut entiti yang berkenaan
             Jadual         disimpan dalam lajur (atau medan) pada jadual.
             (Table)
                         •  Menyimpan data mengikut baris. Setiap baris data dipanggil satu rekod.
                         •  Meminta data yang tertentu daripada satu atau lebih daripada satu jadual.
             Pertanyaan    •  Data yang diperoleh boleh dicetak atau dipaparkan.
             (Query)
                         •  Data yang dipaparkan boleh dibuat perubahan.

                         •  Merupakan antara muka antara pengguna dan komputer.
                         •  Memudahkan kemasukan data.
                         •  Memaparkan data daripada satu atau lebih daripada satu jadual dalam
             Borang
             (Form)         bentuk selain daripada baris dan lajur.
                         •  Memaparkan data daripada pertanyaan.
                         •  Mengubah data yang dipaparkan melalui satu borang.
                         •  Mengubah, melihat atau memasukkan data.

                         •  Menyediakan laporan berdasarkan data dalam satu atau lebih daripada
             Laporan        satu jadual entiti atau berdasarkan satu pertanyaan.
             (Report)
                         •  Laporan boleh dicetak atau menganalisis data.
                                                                                                127
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142