Page 138 - BUKU TEKS SK T4
P. 138
STANDARD Struktur Data dan
1.6 Modular
KANDUNGAN
Atur cara mengandungi kod komputer untuk memproses data kepada
maklumat. Data perlu disimpan dalam pemboleh ubah supaya boleh
STANDARD PEMBELAJARAN diproses. Arahan kod komputer dan pemboleh ubah disimpan dalam fail
kod sumber (source code).
1.6.1 Menerangkan
struktur tatasusunan
(array) satu dimensi: Atur cara yang ringkas mungkin mengandungi beberapa baris arahan
(ii) Isytihar nilai dan pemboleh ubah sahaja. Untuk atur cara yang kompleks seperti sistem
(ii) Umpukan nilai awal pinjaman buku sekolah dan sistem-sistem lain pengurusan maklumat,
mungkin ratusan ribu baris arahan dan ratusan pemboleh ubah diperlukan.
1.6.2 Menggunakan
subatur cara dan Dapatkah anda bayangkan kesukaran untuk menulis kod komputer untuk
memahami konsep sistem yang kompleks?
menghantar parameter
ke subatur cara dan Kod komputer seharusnya mudah ditulis, mudah dibaca dan mudah
mengembalikan data dikemas kini. Bagaimana?
1.6.3 Membezakan
antara function dan Gunakan struktur yang lebih sistematik untuk pemboleh ubah dan
procedure pada subatur arahan. Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada "kumpulan-kumpulan
cara kecil" yang dipanggil tatasusunan. Arahan-arahan komputer juga boleh
dipecahkan kepada beberapa "kumpulan kecil" yang dipanggil fungsi.
1.6.4 Menulis atur
cara bermodular yang Apabila diperlukan sahaja, kumpulan yang berkait akan dipanggil.
mengandungi struktur
tatasusunan Sebagai analogi, bayangkan terdapat sebuah buku berjudul "Semua
Mata Pelajaran Tingkatan 4" dan hanya seorang guru yang akan
mengajarkan semua mata pelajaran tersebut. Dalam buku tersebut,
tiada bab-bab berasingan mahupun subtopik. Semuanya ditulis dalam
satu perenggan sahaja dari muka surat satu hingga muka surat akhir.
Adakah ini satu kaedah yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran?
Rajah 1.45 "Pecah-dan-Urus" adalah lebih berkesan
BAB 1 PENGATURCARAAN
129

