Page 140 - BUKU TEKS SK T4
P. 140

Dalam kod  Java, nilai pemboleh ubah diisytihar seperti sintaks seperti
                 yang berikut:
                              jenisData namaPembolehUbah;

                 Contoh 1:
                                         int markah;                                Fundamental Programming
                                                                                    Structures in Java
                                                                                    http://goo.gl/FQql8g
                 Jika Java perlu menyimpan data bernilai 34, umpukkan sahaja nilai 34 ke
                 dalam pemboleh ubah markah. Kod Java boleh ditulis seperti yang berikut.
                                                                                            ?
                 Contoh 2:
                                         markah = 34                                 Tahukah

                                              markah                                 Anda
                                                                                    Komputer mempunyai
                                                0                                   tatasunan yang sangat
                                                                                    besar. Hal ini adalah
                      Rajah 1.47 Lukisan blok memori untuk pemboleh ubah mudah dengan nilai 34  kerana tatasusunan
                                                                                    merupakan cara terbaik
                 Kedua-dua langkah di atas boleh dibuat sekali gus dalam satu arahan.  untuk memproses data
                                                                                    yang sangat besar terdapat
                 Contoh 3:                                                          di dalam komputer.
                                      int markah = 34

                    Dalam  analogi  yang  berikut,  pemboleh  ubah  yang  telah  diisytiharkan  diibaratkan sebuah  bilik
                 kosong yang boleh diduduki oleh satu penghuni sahaja pada satu-satu masa. Hal ini bermaksud,
                 sekiranya jenis data pemboleh ubah ialah integer, maka nilai yang boleh disimpan ialah integer sahaja.
                 Dalam analogi rumah kosong yang berikut, nama rumah tersebut ialah markah dan rumah ini hanya
                 membenarkan tetamu jenis integer sahaja untuk datang menginap.
                    Analogi pemboleh ubah mudah:
                    Rajah 1.48 menunjukkan analogi bagi sebuah rumah yang kosong. Rumah ini dinamakan “Bilik
                 Bujang”. Rumah ini hanya mempunyai satu bilik untuk seorang penghuni sahaja. Penghuni tersebut
                 mestilah khusus, misalnya untuk kakitangan sekolah yang berjawatan guru dan bujang.

                    Sekarang, cuba anda bayangkan rumah tersebut
                 ialah pemboleh ubah mudah yang bernama                  Markah, sebuah bilik untuk
                                                                            penghuni Integer
                 markah dan hanya membenarkan satu nilai
                 disimpan serta nilai tersebut mestilah berjenis
                 int sahaja.

                    Bagaimana  sekiranya  terdapat  banyak
                 data jenis integer yang perlu disimpan?
                 Sebagai contoh, data-data jenis integer 34,
                 56, 78, 89, 56 dan 95 perlu disimpan dalam
                 pemboleh ubah. Kita hanya perlu isytihar lebih
                 banyak pemboleh ubah sahaja, bukan?
                                                             Rajah 1.48 Pemboleh ubah mudah diibaratkan sebagai rumah
                                                                     dengan satu bilik untuk tetamu khusus

                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  131
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145