Page 139 - BUKU TEKS SK T4
P. 139
Lihat Rajah 1.45. Apa kata sekiranya kandungan sebuah buku
dibahagikan kepada bab-bab berasingan dan dijilidkan menjadi beberapa
buah buku berlainan? Bukankah pengetahuan-pengetahuan dalam
buku tebal menjadi lebih mudah diurus dan dibaca? Adakah anda perlu
Uji Minda
membawa semua buku tersebut sekiranya subjek tersebut tidak diajar
Apakah kelemahan yang pada hari-hari tertentu?
terdapat pada tatasusunan
(array)?
Demikian halnya dengan guru-guru yang mengajar pengetahuan
tersebut. Guru-guru yang ada pengkhususan dalam subjek-subjek
tertentu adalah lebih arif dalam subjek tersebut sahaja. Sekiranya murid
ingin bertanyakan permasalahan Matematik, murid boleh mencari guru
matematik untuk mendapat penjelasan lanjut.
Demikian halnya dengan atur cara komputer. Buku-buku dalam
analogi yang ditunjukkan pada Rajah 1.45 adalah ibarat pemboleh ubah
manakala guru-guru yang ada pengkhususan dalam subjek tersebut
adalah ibarat arahan-arahan atur cara dalam fail kod sumber.
? 1.6.1 Struktur Tatasusunan (array)
Tahukah
Anda Satu Dimensi
Apakah perbezaan antara
Sistem pengurusan maklumat melibatkan pemprosesan suatu jumlah data
algoritma dengan struktur
yang banyak. Bagi menguruskan data agar lebih tersusun dan senang
data?
dicapai, maka diperkenalkan konsep struktur data. Sebaik manapun
Algoritma ialah kaedah
melakukan proses tertentu algoritma, jika data tidak tersusun, capaian dan pemprosesan data menjadi
terhadap data seperti
menyusun (sorting), kurang efisien. Malah, penulisan kod komputer menjadi amat sukar.
mencari (searching),
mencari nombor prima Salah satu struktur data yang penting ialah tatasusunan (array).
dan memproses nombor Tatasusunan ialah pemboleh ubah yang membolehkan koleksi beberapa
rawak dan grafik. nilai data (elemen) dalam satu-satu masa dengan menyimpan setiap
elemen dalam ruang memori berindeks.
Struktur data merupakan
satu kaedah tertentu
untuk menyimpan secara Dalam subtopik ini, anda akan mengkaji pemboleh ubah mudah
tersusun data-data dalam
ingatan supaya senang ataupun biasa semula sebagai sel memori dan perbezaannya dengan
dicapai untuk diproses tatasusunan. Anda akan melihat kelebihan-kelebihan tatasusunan sebagai
senarai data berbanding dengan pemboleh ubah mudah.
bagi menghasilkan
maklumat mengikut
kehendak pengguna. Pemboleh ubah ialah slot memori yang telah dikhaskan untuk
Data boleh disusun menyimpan data. Kebiasaannya, pemboleh ubah mudah cuma menyimpan
dalam bentuk tatasusunan satu nilai data dalam satu-satu masa. Lihat ruang memori untuk pemboleh
ubah mudah di bawah.
(array) dan vektor (vector),
senarai pautan (linked markah
lists), timbunan (stack) dan
giliran (queue). 0
Rajah 1.46 Pemboleh ubah mudah menggunakan hanya satu kotak
Sains Komputer Tingkatan 4
130

