Page 17 - BUKU TEKS SK T4
P. 17

Kerja Berkumpulan
                                 1    Justifikasikan ciri-ciri pemikiran komputasional dalam
                                      penyelesaian masalah
                 Kelas anda telah ditugaskan mengadakan Kempen Mengurangkan Penggunaan Elektrik di sekolah
                 anda memandangkan bil elektrik telah meningkat dan adalah wajar masalah ini dikaji dan diselesaikan
                 dengan segera. Justifikasikan ciri-ciri pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah berdasarkan
                 situasi yang diberikan.
                 (a)  Leraikan masalah peningkatan bil elektrik.
                 (b)  Kenal pasti ciri-ciri yang terdapat dan bina corak-corak penggunaan atau pembaziran elektrik di
                    semua tempat yang terlibat di sekolah anda.
                 (c)  Meniskalakan ciri-ciri yang hendak dijadikan model dan ciri-ciri spesifik yang hendak diketepikan.
                 (d)  Jelaskan dengan ringkas langkah demi langkah penyelesaian yang diambil untuk menyelesaikan
                    masalah di atas.


               Pemikiran komputasional membolehkan kita merancang perkara yang hendak dilaksanakan oleh
               komputer dengan tepat. Sebagai contoh, jika anda hendak pergi ke Kuala Lumpur Convention Centre
               (KLCC) dari KL Sentral, anda perlu merancang perjalanan yang harus diambil, iaitu mengikut jalan yang
               terdekat dan tidak mengalami kesesakan trafik. Katakan anda mengguna aplikasi Waze untuk sampai
               ke KLCC. Mula-mula masukkan lokasi yang dikehendaki iaitu KL Sentral ke KLCC di ruang yang di
               sediakan. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah.
































                                                      Rajah 1.6 Paparan Waze dari KL Sentral ke KLCC
                                       Anda boleh memilih tiga pilihan perjalanan yang dicadangkan oleh Waze
                                       dengan mengambil kira bilangan rakan yang bersama-sama anda dan mod
                                       pengangkutan anda. Dalam kes ini, merancang perjalanan ialah pemikiran
                                       komputasional manakala mengikut arahan langkah demi langkah ialah
               Get to know Waze
               goo.gl/CtP3Cs           pengaturcaraan.
                        Sains Komputer Tingkatan 4
                  8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22