Page 21 - BUKU TEKS SK T4
P. 21

Sumber
               Sumber didefinisikan sebagai stok atau wang, bahan-bahan mentah, staf dan aset lain yang boleh
               digunakan dalam organisasi supaya dapat berfungsi dengan efektif (Kamus Online Dewan Bahasa).
               Dalam perancangan penyelesaian masalah, semua penyelesaian memerlukan sumber. Sumber
               diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan. Contoh sumber adalah seperti sumber kewangan,
               sumber manusia dan sumber teknologi. Perancangan sumber adalah tanggungjawab pihak pengurusan
               dan perancangan sumber yang baik adalah untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Pembaziran
               sumber dapat dielakkan dengan perancangan yang rapi. Masalah yang dihadapi apabila kekurangan
               sumber ialah akan melambatkan masa untuk menyiapkan projek, seterusnya mengakibatkan
               peningkatan kos projek.

                   Penjadualan sumber projek perlu diadakan untuk mengelakkan berlaku kekurangan supaya tidak
               menjejaskan penyelesaian masalah yang dihadapi. Langkah-langkah yang berikut perlu diberikan
               perhatian untuk tujuan ini.
               1  Memastikan ada pegawai atau unit yang memantau penjadualan sumber.
               2  Menggunakan sistem baris gilir mengikut keutamaan projek (first come first served ).
               3  Memastikan keperluan projek diuruskan dengan teliti dengan mengambil kira sumber sedia ada
                  dan sumber kewangan yang diperuntukkan.
               4  Mengadakan  proses  penjadualan  aktiviti supaya  seimbang dan  boleh  dilaksanakan  sepanjang
                  projek dijalankan.




                                                                                        Kerja Berkumpulan
                                 4    Ciri-ciri penting untuk menyelesaikan masalah


                   Situasi 1:                                Situasi 2:
                   Seorang pengatur cara memerlukan empat    Syarikat X sedang membina aplikasi untuk
                   bulan untuk menyiapkan tugas yang         kehadiran murid yang perlu disiapkan dalam
                   diamanahkan kepadanya tetapi akan cuti    tempoh masa tiga bulan. Pada masa yang
                   bersalin dalam tempoh masa tersebut.      sama, syarikat ini juga telah mendapat projek
                   Apakah langkah yang harus diambil oleh    baharu iaitu membina aplikasi mencetak tiket
                   pengurus projek itu untuk menyelesaikan   bas yang perlu disiapkan dalam tempoh masa
                   masalah di atas? Justifikasikan jawapan anda   yang sama. Cadangkan langkah penyelesaian
                   dari segi kos yang terlibat, tempoh masa   yang boleh diambil dalam pengurusan kos
                   untuk menyiapkan projek dan juga sumber   yang terlibat dan sumber tenaga mahir
                   manusia yang terlibat.                    memandangkan kedua-dua projek ini perlu
                                                             disiapkan dalam tempoh yang sama.
                   Gunakan tip di bawah untuk membantu anda
                   menyelesaikan masalah tersebut.           Gunakan tip di bawah untuk membantu anda
                   (a)  Tempoh cuti bersalin ialah 2-4 bulan   menyelesaikan masalah tersebut.
                   (b)  Tindakan pengatur cara sebelum beliau   (a)  Senaraikan keperluan kedua-dua projek
                      mula bercuti                           (b)  Senaraikan aktiviti dan tempoh dalam
                   (c)  Tindakan yang boleh diambil oleh        carta Gantt
                      pengurus projek                        (c)  Tindakan yang boleh diambil oleh
                                                                pengurus projek





                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 12
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26