Page 19 - BUKU TEKS SK T4
P. 19

1.1.2    Ciri-ciri Penyelesaian


                                                  Masalah Berkesan

                                       Setelah memikirkan strategi untuk menyelesaikan masalah dan
               Laporan Pasaran         melaksanakan strategi tersebut, keputusan yang diperoleh akan
               Kerja ICT di Malaysia   menggambarkan keberkesanan strategi penyelesaian masalah yang telah
               2015 oleh Persatuan
               Industri Komputer dan   diambil. Misi mencari penyelesaian melibatkan tiga ciri penting iaitu kos,
               Multimedia Malaysia     masa dan sumber.
               (PIKOM)
               http://goo.gl/1gUAJX    Kos
                       ?               mengeluarkan dan menyenggara, biasanya berupa wang, masa, tenaga,
                                       Kos ditakrifkan sebagai harga yang perlu dibayar untuk memperoleh,
                Tahukah                dan perbelanjaan. (Kamus Online Dewan Bahasa)
                Anda                   Persoalan yang selalu dibincangkan oleh jawatankuasa yang melaksanakan

               Kos langsung ialah kos   projek ialah,
               untuk aktiviti projek
               seperti gaji pekerja    (a) berapakah kos projek?
               projek. Kos tak langsung   (b) adakah kos tersebut akan menambah produktiviti?
               pula merupakan kos      (c)  bolehkah kos tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi?
               untuk aktiviti yang tidak
               melibatkan secara langsung   Projek yang dilaksanakan mengikut tempoh yang normal ialah projek yang
               dengan projek. Contohnya   dilaksanakan mengikut masa dan kos yang diperuntukkan. Manakala kos
               kos keselamatan dan bil   siap masa tercepat (crashing cost ), ialah usaha yang maksimum untuk
               telefon.                menyelesaikan projek dalam masa terpendek. Kos  siap  masa tercepat
                       ?
                                       (crashing cost ) meningkat apabila tempoh masa projek menurun.

                Tahukah                Masa
                Anda                   Penyelesaian masalah secara berkesan yang melibatkan masa merujuk

               Carta PERT (Program     sesuatu projek yang disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
               Evaluation Review       Faktor masa dalam penyelesaian masalah ini memainkan peranan yang
               Technique) ialah alat   penting supaya semua perancangan awal dan pelaksanaan penyelesaian
               pengurusan projek yang   masalah dapat dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.  Aktiviti
               diguna untuk menguruskan,
               menjadualkan dan        pelaksanaan  yang  tertunda  atau  lambat  disiapkan  akan  meningkatkan
               menyelaraskan aktiviti   kos. Selain itu, penyelesaian masalah yang memerlukan masa tersingkat
               projek. Carta PERT      seperti keperluan menyiapkan projek dalam jangka masa terhad, juga
               dapat menunjukkan       akan melibatkan peningkatan kos. Contoh, penambahan bilangan pekerja
               urutan tugas yang akan   supaya sesuatu projek dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki.
               dilaksanakan. Tujuannya
               adalah untuk menentukan
               masa minimum dan        Carta Gantt  merupakan jadual perancangan yang dapat melihat
                                       perkembangan semua aktiviti projek yang dipaparkan mengikut tempoh
               maksimum untuk
                                       masa. Sebelah kiri carta ialah senarai aktiviti manakala bahagian atas
               pelaksanaan aktiviti-aktiviti
                                       ialah tempoh masa. Setiap aktiviti diwakili oleh satu bar, panjang bar
               dalam projek. Perkara
               ini adalah penting untuk   mewakili tarikh mula dan tarikh akhir aktiviti tersebut. Penggunaan carta
               mengelakkan kelewatan
               dalam menyiapkan projek.   Gantt penting dalam penyelesaian masalah kerana maklumat dapat dilihat
               Kelewatan menyiapkan    sepintas lalu iaitu,
               projek hanya akan       (a) senarai aktiviti projek
               meningkatkan kos.       (b) bila setiap aktiviti bermula dan berakhir

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 10
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24