Page 16 - BUKU TEKS SK T4
P. 16

Peniskalaan
                              Peniskalaan



                                             Setelah meniskalakan corak
                                             umum dan spesifik, lukis model
                                             penyelesaian masalah untuk
                                             aktiviti menggosok gigi.




                 4.   Algoritma (Algorithms) – Membangunkan penyelesaian langkah demi
                    langkah terhadap masalah yang dihadapi atau mematuhi peraturan
                    untuk menyelesaikan masalah.  Algoritma merupakan suatu pelan,     Uji Minda
                    iaitu satu set langkah arahan untuk menyelesaikan masalah. Jika anda   Sebagai seorang murid
                    boleh mengikat tali kasut, membuat secawan kopi, atau menyediakan   Sains Komputer,
                    makanan, anda telah tahu mengikut sesuatu algoritma.            pada pendapat anda,
                                                                                    mengapakah kita perlukan
                     Dalam  algoritma,  setiap arahan dikenal pasti dan susunan     pemikiran komputasional?
                    pelaksanaannya dijalankan seperti yang dirancang.  Algoritma juga   Apakah contoh pemikiran
                    digunakan sebagai titik mula untuk rekaan program komputer dalam   komputasional dalam
                    bentuk carta alir dan pseudokod.                                kehidupan seharian anda?



                      Mula
                      OUTPUT “Mempunyai 2 roda yang berputar?”                              ?
                      INPUT “Ya”                                                     Tahukah
                      OUTPUT “Hendal untuk menguasai hala tuju?”                     Anda
                      INPUT “Ya”                                                    Pengasas pemikiran
                      OUTPUT “Pedal dan rantai untuk menggerakkan                   komputasional ialah
                      basikal?                                                      Jeannate M Wing. Beliau
                      INPUT “Ya”                                                    telah mentafsirkan
                      OUTPUT “Ini ialah sebuah basikal.”                            pemikiran komputasional
                      Tamat
                                                                                    sebagai membina kuasa
                                                                                    dan proses penyelesaian
                             Rajah 1.5 Contoh pseudokod bagi masalah fungsi sebuah basikal  secara pengkomputeran,
                                                                                    sama ada dilaksanakan
                                                                                    oleh manusia atau mesin.
                        Algoritma                                                   Sumber: www.acm.org




                                              Tuliskan pseudokod untuk membina
                                              model penyelesaian aktiviti
                                              menggosok gigi.






                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   7
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21