Page 222 - BUKU TEKS SK T4
P. 222

Contoh  6
                 Diberikan hubungan-hubungan berikut.
                 •  Adam deposit A0109.
                 •  Ali deposit A0150.
                 •  Barbara deposit A1011.
                 (a)  Kenal pasti entiti dalam hubungan-hubungan di atas.
                 (b)  Lukis gambar rajah hubungan yang bersesuaian.
                 Penyelesaian:
                 (a)  Dalam contoh di atas, entiti Adam, Ali dan Barbara masing-masing ialah
                    entiti subjek jenis Pelanggan Bank. Entiti A0109, A0150 dan A1011 pula
                    masing-masing ialah entiti objek jenis Akaun. Semua pasangan entiti, iaitu
                    Adam-A0109, Ali-A0150 dan Barbara-A1011 mempunyai hubungan yang
                    sama iaitu deposit.
                 (b)


                  Pelanggan Bank               belajar                Akaun




                    Contoh di atas menggunakan gambar rajah terhubung yang ringkas.
                 Gambar rajah yang lengkap seharusnya menunjukkan atribut-atribut bagi
                 entiti. Lihat Rajah 2.22.


                      nama                                                                  nombor


                                        Pelanggan
                  kad pengenalan          bank            deposit          Akaun           jenis akaun




                      alamat                                                               baki akaun



                       Rajah 2.22 Gambar rajah lengkap yang menunjukkan atribut-atribut bagi entiti
                 Kekardinalan (Cardinality)

                 Kekardinalan merujuk perhubungan antara entiti. Kekardinalan menyatakan
                 bilangan entiti yang boleh dihubungkan dengan entiti yang lain melalui set
                 hubungan.
                    Dalam reka bentuk set hubungan, beberapa jenis kekardinalan akan
                 digunakan.  Antaranya ialah kekardinalan satu-ke-satu (1:1), satu-ke-
                 banyak (1:M) atau banyak-ke-banyak (M:N). Kekardinalan ialah berasaskan
                 keperluan pengguna. Dalam gambar rajah terhubung, kekardinalan ditulis
                 di atas kedua-dua garis yang menghubungkan entiti kepada hubungan
                 dan hubungan kepada entiti. Lihat Jadual 2.4.

                                                                             BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  213
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227