Page 225 - BUKU TEKS SK T4
P. 225

6  Apakah perbezaan antara model-model pangkalan data di bawah? Isi ruang kosong dalam jadual
                    yang disediakan. Bincang dengan rakan anda. Anda juga boleh menggunakan enjin carian untuk
                    mendapatkan maklumat dan melengkapkan jawapan anda.

                           Hierarki           Rangkaian            Hubungan        Berorientasikan objek







                  7  Aaron anak Jili, Lee dan Muthusamy sedang menyiapkan tugasan mengenai pangkalan data
                    Maklumat Murid Tingkatan 5 Cerdas yang diberikan oleh guru. Seramai 25 orang murid kelas
                    5 Cerdas yang terlibat. Semasa menyemak data yang diperoleh daripada murid 5 Cerdas, Lee
                    mendapati terdapat lebihan sebanyak dua data yang tidak diketahui puncanya menjadikan jumlah
                    data tersebut kepada 27. Apakah yang berlaku? Berikan justifikasi bagi jawapan anda.

                           IC Murid           Nama Murid          Tarikh Lahir           Kelas


                     990405-11-5434      Aliza bt Wan Ahmad  05 Mei 1999         5 Cerdas

                     990213-03-5675      Lim Kit Wu          13 Februari 1999    5 Cerdas

                     990607-14-4343      Suraj A/L Ramu      07 Jun 1999         5 Cerdas


                     990213-03-5675      Lim Kit Wu          13 Februari 1999    5 Cerdas

                     990405-11-5434      Aliza bt Wan Ahmad  05 Mei 1999         5 Cerdas


                  8  Dengan menggunakan enjin carian, cari dan kaji apakah kelebihan dan kelemahan antara model
                    pangkalan data rangkaian dan model pangkalan data hubungan. Berikan justifikasi bagi jawapan
                    anda.


                                                      Model rangkaian            Model hubungan
                     Kelebihan

                     Kekurangan


                  9  Tentukan atribut-atribut yang bersesuaian dengan entiti-entiti berikut dengan melukis gambar rajah
                    terhubung untuk setiap entiti.
                    (a)  Guru
                    (b)  Mata pelajaran
                 10  Diberikan hubungan-hubungan yang berikut. Lukis gambar rajah terhubung ringkas yang bersesuaian
                    setelah mengenal pasti nama entiti-entiti dan nama hubungan yang bersesuaian :
                    (a)  •  Tze-Ming mengambil peperiksaan Matematik Tambahan.
                       •  Rahmat mengambil peperiksaan Kimia.
                       •  Ganesh mengambil peperiksaan Perakaunan.
                       •  Terry Embong mengambil peperiksaan Perakaunan.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                216
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230