Page 219 - BUKU TEKS SK T4
P. 219
Atribut
Pangkalan data
Nama ID Markah Rekod
Brenda 10359 80
Izzati 10337 92
Faiz 10555 90
Jadual hubungan/entiti Nilai atribut
Rajah 2.17 Komponen dalam pangkalan data.
Reka bentuk pangkalan data diperlukan untuk menghasilkan satu
atau lebih banyak jadual hubungan. Setiap jadual hubungan mewakili satu
jenis entiti. Setiap jadual hubungan mengandungi satu atau lebih rekod.
Setiap rekod ialah satu kejadian entiti dan mengandungi sekumpulan
nilai atribut. Perhatikan bahawa setiap rekod dalam jadual yang sama
mempunyai jenis-jenis atribut yang sama. Kandungan yang seterusnya
akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai komponen-komponen
pangkalan data ini.
MalaysiaKu
Pada Jun 2001, PenDrive, Entiti
pemacu kilat yang pertama Entiti merujuk suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu
telah diperkenalkan kepada persekitaran seperti orang, tempat atau benda. Entiti mempunyai data-
dunia. Pua Khein Seing
yang berasal dari Sekinchan, data deskriptif yang boleh dikutip dan disimpan. Bukan semua objek
Selangor merupakan salah sesuai dijadikan entiti. Jika tiada data dapat dikaitkan atau tiada keperluan
seorang daripada lima untuk menyimpan data berkenaan sesuatu objek, maka objek tersebut
sekawan yang mencipta tidak sesuai dijadikan sebagai entiti. Dalam pangkalan data, setiap jadual
pemacu kilat pertama mewakili satu entiti manakala setiap rekod mewakili kejadian satu entiti.
di dunia. Kini, beliau
merupakan presiden Phison Reka bentuk pangkalan data menggunakan gambar rajah terhubung.
Electronics Corp, syarikat Apabila mereka bentuk entiti di atas kertas, gunakan simbol segi empat
yang telah diasaskan di tepat dan tulis nama entiti. Nama entiti seharusnya kata nama umum yang
Taiwan.
bersesuaian. Kata nama khusus tidak sepatutnya digunakan.
Rajah 2.18 Simbol entiti
Simbol ini akan dipelajari secara mendalam dalam subtopik 2.2.
Contoh 3
Senaraikan entiti untuk pangkalan data dalam persekitaran sekolah.
Penyelesaian:
Entiti-entiti yang boleh digunakan termasuk guru, murid dan mata pelajaran.
Sains Komputer Tingkatan 4
210

