Page 221 - BUKU TEKS SK T4
P. 221

Set Hubungan
                                       Hubungan ialah perkaitan antara entiti. Hubungan merujuk perbuatan dan
                                       diwakili oleh kata kerja. Bandingkan pengertian hubungan dengan entiti.
                                       Entiti merujuk objek dan diwakili oleh kata nama umum.

                                           Hubungan  pula  melibatkan  dua  entiti.  Entiti  pertama  ialah  entiti
                                       subjek, iaitu pelaku yang melaksanakan hubungan tersebut ke atas entiti
                                       kedua. Entiti kedua menerima kesan daripada hubungan itu, dan oleh itu
                                       dipanggil entiti objek.
                                           Set hubungan ialah koleksi sepasang entiti subjek-objek yang
                                       mempunyai hubungan yang sama. Set hubungan menggunakan sintaks
                                       yang berikut.

                  Uji Minda                         <entiti subjek> <hubungan> <entiti objek>
               Berdasarkan Contoh 5,
               jawab soalan yang berikut.  Sintaks gambar rajah terhubung adalah seperti berikut:
               Diberikan hubungan-
               hubungan berikut.
               •  Samy suka bermain
                 bola sepak.              Entiti subjek            nama hubungan           Entiti objek
               •  Hassan suka bermain
                 sepak takraw.
               •  Jeremy suka bermain
                 hoki.
               (a)  Kenal pasti entiti        Rajah 2.21 Set hubungan yang menunjukkan hubungan di antara dua entiti
                  dalam hubungan-      Untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam, kaji contoh-contoh
                  hubungan di atas.
               (b)  Nyatakan nama      yang berikut.
                  hubungan yang sesuai
                  dan lukis gambar
                  rajah hubungan yang    Contoh  5
                  bersesuaian.
                                       Diberikan hubungan-hubungan berikut.
                                       •  Adam belajar Sains Komputer.
                                       •  Ai Ling belajar Geografi.
                                       •  Anastasia belajar Sejarah.

                                       (a)  Kenal pasti entiti dalam hubungan-hubungan di atas.
                                       (b)  Nyatakan nama hubungan yang sesuai.
                                       (c)  Lukis gambar rajah hubungan yang bersesuaian.
                                       Penyelesaian:
                                       (a)  Adam, Ai Ling dan Anastasia ialah kejadian ataupun objek bagi entiti
                                          Murid. Sains Komputer, Geografi dan Sejarah ialah kejadian ataupun objek
                                          bagi entiti Mata pelajaran.
                                       (b)  Belajar
                                       (c)


                                            Murid                     belajar             Mata pelajaran




                        Sains Komputer Tingkatan 4
                212
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226