Page 223 - BUKU TEKS SK T4
P. 223
Jadual 2.4 Kekardinalan
Kekardinalan Gambar rajah terhubung Penerangan
Hubungan satu entiti dengan satu
entiti yang lain.
1:1 1 punya 1 Kad Contoh :
(satu-ke-satu) Warganegara pengenalan Seorang warganegara mempunyai
satu kad pengenalan sahaja.
Hubungan satu entiti dengan lebih
daripada satu entiti yang lain.
Contoh :
1:M Murid 1 sertai M Kelab
(satu-ke- banyak) Seorang murid boleh menyertai
lebih daripada satu kelab di
sekolah.
Hubungan antara banyak entiti
dengan banyak entiti yang lain.
M N Contoh :
M:N Pelanggan membeli barang
(banyak-ke- banyak) Ramai pelanggan bagi sebuah
pasar raya membeli pelbagai jenis
barangan.
Dalam pangkalan data, kekardinalan merujuk hubungan di antara
rekod-rekod dalam satu jadual (katakan jadual A) kepada rekod-rekod
dalam jadual lain (katakan jadual B). Untuk kekardinalan 1:1, satu baris
rekod dalam jadual A cuma boleh dihubungkan kepada satu baris rekod
dalam jadual B. Sekiranya kekardinalan adalah 1:M, satu baris rekod
dalam jadual A boleh dihubungkan kepada satu atau lebih baris rekod
dalam jadual B; tetapi setiap rekod dalam jadual B cuma boleh mempunyai
hubungan dengan satu baris rekod dalam jadual A. Bagaimanakah
pula hubungan rekod-rekod antara jadual A dengan jadual B sekiranya
kekardinalan adalah M:N?
Jadual A Jadual B
Atribut 1 Atribut 2 Atribut 1 Atribut 2
Nilai atribut 1 untuk Nilai atribut 2 Nilai atribut 1 untuk Nilai atribut 2
Rekod1 untuk Rekod1 Rekod1 untuk Rekod1
Nilai atribut 1 untuk Nilai atribut 2 Nilai atribut 1 untuk Nilai atribut 2
Rekod2 untuk Rekod2 Rekod2 untuk Rekod2
Rajah 2.23 Bilangan hubungan antara rekod-rekod dalam jadual A dan jadual B mengikut
kekardinalan M:N
Sains Komputer Tingkatan 4
214

