Page 228 - BUKU TEKS SK T4
P. 228

Persoalannya, bagaimanakah sesuatu jadual yang lebar dapat
                 dipecahkan kepada jadual-jadual hubungan secara berkesan?  Adakah          ?
                 carian dapat dilaksanakan merentasi hubungan-hubungan ini, seolah-  Tahukah
                                                                                     Anda
                 olah telah disambung semula untuk dijadikan jadual asal apabila perlu?
                                                                                    Kebolehcapaian merujuk
                    Dalam model pangkalan data hubungan, lajur khusus dalam         perkongsian data untuk
                 hubungan-hubungan digunakan sebagai penghubung logikal. Penghubung   pengguna yang berbeza
                 ini membolehkan atribut-atribut dihubungkan semula sewaktu carian atau
                 kemas kini. Inilah yang dikatakan sebagai integriti data hubungan. Tanpa
                 penghubung,  atribut  dalam  hubungan-hubungan  sukar  dikesan  dan ini
                 boleh  menjejaskan ketekalan dan  kebolehcapaian data. Oleh  hal yang
                 demikian, pangkalan data dikatakan gagal mengekalkan integriti data
                 hubungan.


                  2.2.1    Kunci Primer dan Kunci Asing


                 Ingatkah lagi dengan set hubungan? Dalam set hubungan, suatu entiti boleh
                 dikaitkan dengan suatu entiti yang lain. Entiti-entiti diwakilkan sebagai
                 jadual-jadual dalam pangkalan data. Kunci hubungan menghubungkan
                 jadual-jadual yang mewakili entiti-entiti dalam set hubungan.
                    Kunci hubungan ialah nama atribut khusus dalam jadual yang
                 digunakan untuk mengekalkan integriti data hubungan.  Terdapat dua
                 kunci hubungan iaitu kunci primer dan kunci asing.
                                                                                       Uji Minda
                    Kunci primer ialah atribut (atau gabungan beberapa atribut) dengan
                 nilai yang unik untuk mewakili setiap baris rekod dalam sesebuah   Bayangkan anda
                 jadual. Kunci primer tidak boleh dibiarkan kosong (null )  dan tidak boleh   diberikan satu jadual
                                                                                    yang mempunyai rekod
                 mengandungi nilai yang berulang. Secara analogi, kunci primer adalah   setiap murid tingkatan
                 seperti nombor kad pengenalan yang unik dan sesuai untuk mengenal   4 di sekolah anda. Di
                 pasti identiti setiap murid yang merupakan warganegara Malaysia. Oleh   dalam jadual tersebut
                 hal yang demikian, penggunaan nama untuk suatu entiti kurang sesuai   mengandungi nama
                 kerana nama kadang-kadang boleh berulang untuk kejadian entiti yang   murid, tarikh lahir dan
                                                                                    alamat rumah. Pada
                 lain. Dalam entiti Peminjam (Lihat jadual PEMINJAM dalam Rajah 2.24),   pendapat anda, yang
                 atribut ID Murid sesuai dijadikan kunci primer kerana tidak mempunyai   manakah paling sesuai
                 nilai atribut berulang. Jadual 2.4 menunjukkan ciri-ciri dan kepentingan   dijadikan sebagai kunci
                 kunci primer.                                                      primer?
                                Jadual 2.4 Ciri-ciri dan kepentingan kunci primer
                                           Kunci primer


                                 •  Mempunyai nilai yang unik iaitu hanya satu-satunya sahaja.
                                 •  Tidak boleh dibiarkan kosong (null) iaitu tanpa mengisi data dalam
                  Ciri-ciri
                                   barisnya.
                                 •  Tidak boleh mempunyai nilai yang sama secara berulang.
                                 •  Nilai yang tetap dan tidak berubah.





                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA  219
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233