Page 239 - BUKU TEKS SK T4
P. 239
2.2.5 Proses Penormalan Data Sehingga 3NF
Terhadap
Skema Hubungan
Jadual baharu biasanya berada dalam bentuk tidak ternormal, ataupun 0NF. Jadual 0NF boleh berfungsi
tetapi akan menyebabkan penyimpanan data lewah yang banyak dan boleh menjejaskan integriti data
apabila kecuaian berlaku sewaktu kemas kini. Oleh itu, jadual 0NF tidak sesuai dilaksanakan dalam
sistem pangkalan data.
Contoh jadual 0NF adalah seperti dalam Rajah 2.38. Banyak duplikasi nilai atribut seperti ID Murid,
Nama Murid dan No Telefon Bimbit untuk setiap pinjaman buku yang dapat dilihat. Perhatikan juga
bahawa lajur-lajur dalam jadual 0NF adalah tidak atomik kerana terdapat gabungan atribut-atribut
untuk membentuk satu lajur. Lajur Buku mengandungi gabungan lajur-lajur Kod Buku, Nama Buku dan
Pengarang.
Jadual 0NF mempunyai banyak
duplikasi nilai atribut
Buku Murid Tarikh Tarikh
Pinjam Hantar
Nama No Telefon
Kod Buku Nama Buku Pengarang ID Murid
Murid Bimbit
IPB124044 Java Maruyama 125007 Harris bin 0176677889 27-Sep-2016 10-Okt-2016
Programming et al Aman
IPB257868 C Programming M. A. Bakar 125007 Harris bin 0176677889 27-Sep-2016 10-Okt-2016
Aman
IPB192254 Computer Shirley Jr 125007 Harris bin 0176677889 27-Sep-2016 10-Okt-2016
Graphics Aman
IPB051375 Software Roger Estain 125096 Francis 0121122335 28-Sep-2016 11-Okt-2016
Engineering Embong
IPB051325 Information Farah et al 125096 Francis 0121122335 28-Sep-2016 11-Okt-2016
Systems, an Embong
Introduction
Rajah 2.38 Jadual PINJAMAN BUKU dalam bentuk 0NF
Oleh sebab itu, sesebuah jadual baharu perlu disemak terlebih dahulu sebelum dilaksanakan
dalam sistem pangkalan data. Semak sama ada jadual tersebut sudah ternormal ataupun tidak. Jika
belum ternormal, ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengubah jadual tersebut kepada
bentuk ternormal.
Penormalan ialah satu kaedah menganalisis jadual-jadual berasaskan atribut kunci dan
kebergantungan fungsi dengan tujuan mengurangkan duplikasi data dalam pangkalan data.
Penormalan, pada kebiasaannya, akan memecahkan jadual 0NF kepada dua atau lebih jadual-jadual
hubungan yang sudah ternormal, lihat Rajah 2.39.
Sains Komputer Tingkatan 4
230

