Page 321 - BUKU TEKS SK T4
P. 321

9  Kenal pasti kekardinalan dalam contoh-contoh yang berikut.
                                            Contoh                                 Kekardinalan

                                    1                   1
                       Pengurus           mengurus            Jabatan


                                    1                   M
                       Pelanggan          membuat            Tempahan


                                    M                   N
                        Peserta          mendaftar            Ceramah



                10  Lukisan ERD untuk senario yang berikut:
                   (a)  Seorang guru boleh mengajar lebih daripada satu subjek tetapi setiap subjek boleh diajar
                      oleh seorang guru sahaja.
                   (b)  Seorang pesakit boleh dirujuk kepada satu atau lebih doktor pakar. Seorang doktor pakar
                      merawat banyak pesakit.
                   (c)  Klinik 1Malaysia mempunyai seorang doktor pelawat sahaja. Doktor tersebut mungkin
                      berkhidmat di klinik-klinik 1Malaysia yang lain pada hari yang berlainan.
                   (d)  Nadia memohon pasport antarabangsa kerana dia ingin melancong ke Pulau Bali. Setiap
                      pemohon hanya boleh memiliki satu pasport sahaja. Setiap pasport adalah khusus untuk
                      seorang pemohon.



               Penyelesaian Masalah
               Jawab semua soalan.
                 1  Syarikat ABC mempunyai satu fail dengan 30 atribut data dan lebih 1000 rekod. Syarikat ABC
                   perlu selalu mengemaskinikan data untuk perniagaannya.
                   (a)  Apakah kekurangan menggunakan sistem fail untuk tugas tersebut?
                   (b)  Apakah kelebihan menggunakan pangkalan data untuk tujuan di atas (jika ada)?
                 2  Anda bekerja di sebuah kedai alat tulis di tempat anda semasa cuti semester. Majikan anda
                   merancang untuk membangunkan satu sistem pangkalan data untuk merekodkan semua
                   transaksi. Majikan anda meminta pendapat anda mengenai reka bentuk pangkalan data.
                   (a)  Terangkan kepada majikan anda faedah penggunaan Gambar Rajah Perhubungan Entiti
                      (ERD) untuk merancang dan mendokumenkan reka bentuk.
                   (b)  Reka satu ERD yang sesuai yang menunjukkan seorang pelanggan membeli satu barang
                      yang mengandungi atribut seperti jenis barang, ID barang, kuantiti dan harga. ERD tersebut
                      hendaklah juga menyimpan tarikh dan masa transaksi serta nama juruwang.
                 3  Bancian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa negeri Selangor mempunyai populasi penduduk
                   yang tertinggi di Malaysia. Jadual yang berikut menunjukkan populasi_selangor, menempatkan
                   bandar-bandar utama di Selangor mengikut populasi:








                        Sains Komputer Tingkatan 4
                312
   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326