Page 323 - BUKU TEKS SK T4
P. 323

3                 INTERAKSI MANUSIA






                                        DAN KOMPUTER




               BAB                       Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu dengan
                                         yang lain. Pada era globalisasi ini, manusia dan komputer saling
                                         memerlukan di samping menjadi medium utama dalam pembangunan
                                         dan perkembangan pelbagai bidang.

                                             Interaksi manusia dan komputer melibatkan kajian tentang cara
                                         teknologi komputer mempengaruhi kerja dan aktiviti manusia.


                 Dalam bab ini, anda akan
                 mempelajari:

                 »  Keperluan interaksi
                   manusia dan komputer
                 »  Cara untuk menilai
                   produk interaktif
                   berdasarkan tujuan
                   dan prinsip asas reka
                   bentuk interaktif
                 »  Aplikasi proses reka
                   bentuk interaksi
                   dalam atur cara yang
                   dibangunkan
                 »  Cara untuk
                   menghasilkan prototaip
                   paparan dan reka
                   bentuk skrin
                 »  Laporan penilaian
                   kuantitatif terhadap
                   paparan dan reka
                   bentuk skrin








                  Fikirkan...      • Apakah kepentingan komputer kepada manusia?
                                   • Apakah yang akan berlaku jika komputer tidak mempunyai reka bentuk interaksi
                                     yang menarik dan tidak mesra pengguna?
                                   • Bagaimanakah kita boleh menghasilkan prototaip yang menarik dan dapat
                                     memuaskan hati pengguna?



                        Sains Komputer Tingkatan 4
                314
   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328