Page 325 - BUKU TEKS SK T4
P. 325

1  Konsistensi (consistency)—Sebarang perubahan yang berlaku pada paparan akan menarik
                    perhatian pengguna atau mengganggu pengalaman pengguna. Semua elemen perlu kekal
                    pada  kedudukan yang  sama supaya pengguna  akan  berasa  selesa  semasa  menggunakan
                    aplikasi. Jika elemen-elemen tersebut dialihkan tanpa sebab dan tujuan, fokus pengguna
                    akan terganggu. Reka bentuk perlu konsisten dari segi persembahan dan fungsi pada semua
                    antara muka. Sebagai contoh, kedudukan butang Close pada antara muka Microsoft Windows
                    adalah di penjuru kanan atas. Pengguna Microsoft Windows yang baharu menggunakan Apple
                    MacBook pasti berasa kekok kerana kedudukan butang Close pada antara muka MacBook
                    adalah di penjuru kiri atas.


                                                                                               Close
















                     Close


















                   2  Kebolehan  membuat pemerhatian  (perceivability)—Pengguna yang menggunakan aplikasi
                    buat kali pertama akan memerhatikan segala aspek antara muka. Penunjuk atau butang
                    interaksi perlulah mudah dikenal pasti. Jika penunjuk/butang interaksi sukar dikesan, pengguna
                    akan berasa tidak selesa. Pengalaman pengguna yang terbaik adalah apabila pengguna boleh
                    menggunakan aplikasi dengan selesa dan tanpa ragu-ragu. Sebagai contoh, antara muka
                    Facebook telah dikemas kini beberapa kali sejak dilancarkan. Pengguna pasti memerlukan
                    masa untuk mengenal pasti kedudukan butang interaksi yang baharu setiap kali antara muka
                    ini dikemas kini.








                        Sains Komputer Tingkatan 4
                316
   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330